Hulu Selangor Adventure Challenge (HSAC) & Hulu Selangor Ultra Trail (HSUT) 2023

MPHS ANJUR LARIAN SUKAN LASAK DI HULU SELANGOR MINGGU INI

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) dengan kerjasama Pinnacle Sports akan menganjurkan 2 aktiviti sukan lasak iaitu Hulu Selangor Adventure Challenge (HSAC) dan Hulu Selangor Ultra Trail (HSUT) 2023 pada 10 dan 11 Jun 2023 bertempat di Taman Milenium, Kuala Kubu Bharu.

Penganjuran program ini bertujuan sebagai salah satu promosi dalam memperkenalkan Hulu Selangor sebagai kawasan eko-pelancongan sukan lasak dan secara tidak langsung boleh menarik lebih ramai pelancong luar untuk datang ke daerah ini.

HSAC direka sebagai perlumbaan pengenalan kepada sukan Adventure Racing (AR) dan penganjuran kali ini sebagai persediaan kepada A1 World Series 2024. Setakat ini, seramai 110 orang peserta akan sertai perlumbaan ini yang menggabungkan kayuhan Mountain Bikes (MTB), larian denai, orienteering dan cabaran fizikal lain seperti sukan air.

Manakala HSUT pula larian denai dan merupakan acara tahunan yang diadakan di Kuala Kubu Bharu. Kali terakhir penganjuran HSUT adalah pada tahun 2019 dan kali ini merupakan tahun ketiga penganjurannya.

Seramai 348 peserta akan turut serta di dalam perlumbaan ini yang terdiri daripada 4 kategori iaitu acara 55KM (Ultra Trail), 25KM (Scort Vertikal), 12KM (Double Trouble) dan 5KM (Dash) yang merentasi pergunungan Hulu Selangor yang indah.

Keunikan penganjuran di Hulu Selangor adalah laluan perlumbaan yang mencabar sambil peserta dapat menyaksikan pemandangan dan pengalaman yang menakjubkan di Kawasan Bukit Batu Pahat, Bukit Kutu dan juga Lata Medang yang merupakan salah satu daripada air terjun paling cantik di Malaysia.

Orang ramai juga dijemput hadir beramai-ramai bersama keluarga dan rakan-rakan bagi memeriahkan program pada hujung minggu ini. Pelbagai aktiviti menarik turut disediakan kepada pengunjung yang hadir seperti jom makan durian, face painting, booth game, jualan barangan outdoor, suppa duppa, cabutan bertuah dan pelbagai lagi.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Selasa 18 Jun 2024, 10:07:58.
Jumlah Pelawat :
00772562

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015