Kempen bayaran cukai taksiran MPHS tahun 2024

Para Pelanggan yang dikasihi,
 

Kempen Cukai Taksiran Majlis Perbandaran Hulu Selangor bagi Tahun 2024.

Untuk makluman, MPHS ke arah Bil Maya sepenuhnya sebagai langkah menjayakan Agenda Pembangunan Mampan (SDG) 11, 12, 13. Sehubungan itu, para pelanggan dijemput untuk sama-sama menjayakan agenda ini dengan mendaftar di pautan berikut sebagai tanda sokongan: http://mphs.app/mphs/index.php
Insentif berbentuk rebat cukai akan diberikan kepada pelanggan cukai taksiran yang layak dan membuat pembayaran secara atas talian (online) melalui saluran pembayaran seperti di bawah :
 
No. Kaedah Pembayaran Kadar Rebat (RM)
1 MPHS Pay

RM6.00 bagi bayaran cukai setahun sahaja + RM2.00 sekiranya berjaya melanggani Bil Maya MPHS

2

JomPAY

RM6.00 bagi bayaran cukai setahun sahaja

3 Perbankan Internet

RM6.00 bagi bayaran cukai setahun sahaja

4 E-Dompet

RM6.00 bagi bayaran cukai setahun sahaja

5 Sistem E-Billing MPHS

RM3.00 bagi setiap penggal

 

Terma & Syarat:
  1. Terbuka hanya kepada kategori harta kediaman dengan pemilikan di atas nama individu yang mempunyai tuntutan pembayaran sahaja (iaitu jumlah tuntutan yang dinyatakan di dalam bil termasuk tunggakan sekiranya ada).
  2. Pelanggan cukai taksiran yang berjaya melanggani Bil Maya MPHS layak untuk mendapat tambahan rebat sebanyak RM2.00 (hanya melalui MPHS Pay).
  3. Pemberian rebat adalah terhad kepada RM150,000.00 yang pertama sahaja.
  4. Tempoh kempen bermula 01 Januari 2024 sehingga 30 April 2024.
  5. Majlis Perbandaran Hulu Selangor berhak untuk meminda atau mengubah sebahagian atau semua terma dan syarat kempen ini tanpa perlu mengeluarkan sebarang notis. Sebarang pertikaian tidak akan dilayan dan keputusan Majlis Perbandaran Hulu Selangor adalah muktamad.
  6. Sila hubungi 03-60641331 sambungan 135/151 untuk sebarang pertanyaan.

     

    #DaripadaAndaUntukAnda
    #MajuPerkasaHasilSemua
    #HuluSelangorBandarRendahKarbon
    #AllahPeliharakanlahHuluSelangor
    #MPHSGo

 

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Rabu 12 Jun 2024, 07:19:41.
Jumlah Pelawat :
00768644

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015