Audit Pensijilan Semula Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat atau Information Security Management System (ISMS) ISO/IEC 27001:2022

AUDIT PENSIJILAN SEMULA SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT (ISMS) ISO/IEC 27001:2022 MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah melaksanakan Audit Pensijilan Semula Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat atau Information Security Management System (ISMS) ISO/IEC 27001:2022 selama dua hari pada 16 hingga 17 Julai 2026. Audit tersebut telah dijalankan oleh pasukan juruaudit daripada SIRIM QAS International Sdn. Bhd. yang diketuai oleh Puan Hidayatini binti Sarmin selaku Ketua Juruaudit, bersama barisan juruaudit yang terdiri daripada Puan Fazlin binti Zakaria, Puan Nursheirie Sheiriena binti Mohammad Za’im dan Cik Norzaini binti Elias.

Audit ini bertujuan menilai tahap pematuhan berterusan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat MPHS terhadap keperluan piawaian ISO/IEC 27001:2022. Skop pensijilan ISMS MPHS merangkumi pengurusan, pengoperasian dan pentadbiran Sistem E-Council bagi urusan Penilaian dan Cukai Taksiran.

Pelaksanaan Audit Pensijilan Semula ini mencerminkan komitmen MPHS dalam memastikan maklumat rasmi, data pelanggan serta sistem ICT Majlis sentiasa diurus dan dilindungi secara sistematik, selamat dan berintegriti. Usaha ini juga penting dalam meningkatkan keyakinan pihak berkepentingan terhadap tahap keselamatan maklumat dan kesinambungan penyampaian perkhidmatan MPHS.

MPHS merakamkan penghargaan kepada pasukan juruaudit SIRIM QAS International Sdn. Bhd., pihak pengurusan tertinggi, ketua-ketua jabatan, pegawai serta semua kakitangan yang telah memberikan kerjasama dan komitmen sepanjang proses audit berlangsung.

 

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2026 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Latest Update : Monday 27 July 2026, 02:49:29.
Total Visitors :
01318285