Majlis Menandatangani Perjanjian Harta Intelek dan Perjanjian Pelesenan Sistem Penguatkuasaan Bersepadu (SPKB)

MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN HARTA INTELEK DAN PERJANJIAN PELESENAN SISTEM PENGUATKUASAAN BERSEPADU (SPKB) ANTARA MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR (MPHS) DAN ELIX SOLUTION SDN. BHD.
Kuala Kubu Bharu, 28 Julai 2026: Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah menganjurkan Majlis Menandatangani Perjanjian Harta Intelek dan Perjanjian Pelesenan Sistem Penguatkuasaan Bersepadu (SPKB) bersama Elix Solution Sdn. Bhd. sebagai satu langkah strategik dalam memperkukuh tadbir urus serta memperkasakan transformasi digital dalam pengurusan penguatkuasaan.
Majlis ini turut dihadiri oleh YBrs. Encik Muhammad Hafiz bin Husain, Penolong Setiausaha Bahagian, Bahagian Pemindahan Teknologi dan Pengkomersialan R&D, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) YBrs. Encik Muhammad Hussaini Mohd. Mustafa, Penolong Naib Presiden, Malaysian Technology Development Corporation (MTDC), YBrs. Puan Suriana binti Hamzah, wakil Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI), YBrs. Encik Syamsul Khoir bin Md. Ridzuan, Penolong Setiausaha, Bahagian Korporat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, serta YBrs. Ts. Dr. Raslan Ahmad, Pengerusi Malaysia Smart Cities Alliance Association (MSCA) merangkap Pengerusi Penasihat Elix Solution Sdn. Bhd.
Perjanjian tersebut telah ditandatangani oleh YBrs. Puan Julaihah binti Jamaludin, A.M.S., Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) bagi pihak MPHS dan Encik Ahmad Muhsin bin Mubarak, Ketua Pegawai Strategi Elix Solution Sdn. Bhd. bagi pihak Elix Solution Sdn. Bhd. sebagai simbol komitmen kedua-dua pihak dalam memperkukuh kerjasama strategik serta memperluaskan penggunaan Sistem Penguatkuasaan Bersepadu (SPKB).
SPKB merupakan sistem yang dibangunkan hasil kerjasama MPHS dan Elix Solution Sdn. Bhd. sejak tahun 2021 bagi memperkemaskan pengurusan penguatkuasaan melalui modul pengurusan kompaun, sitaan dan pendakwaan. Penggunaan peranti mudah alih (handheld) di lapangan membolehkan pegawai penguat kuasa melaksanakan tugasan secara masa nyata, sekali gus menggantikan kaedah manual serta meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.
Majlis ini mencerminkan komitmen MPHS dalam memperkasa inovasi dan pendigitalan perkhidmatan awam, di samping mengukuhkan jaringan kerjasama strategik antara kerajaan, industri dan agensi berkaitan ke arah penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, berkesan dan berdaya saing.


QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2026 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Latest Update : Wednesday 29 July 2026, 02:03:35.
Total Visitors :
01320358