Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen MPHS kepada pasukan Pingpong MPHS

SESI PENYERAHAN BENDERA KONTINJEN MPHS

30 September 2026 (Rabu)
 9.00 pg
Bilik Mesyuarat Chiling MPHS

Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) kepada pasukan Pingpong telah berlangsung sebagai tanda sokongan dan amanat kepada kontinjen MPHS yang bakal berentap dalam Karnival Sukan MALA 2026 Fasa 4 pada 1 hingga 3 Oktober 2026 di Kemaman, Terengganu.
Majlis telah disempurnakan oleh YBrs. Pn Dewi Dirwana Binti Munasir , Setiausaha Majlis Perbandaran Hulu Selangor dan turut dihadiri oleh En Khairul Anuar Bin Khalid, Yang Dipertua KSDK MPHS dan En Norazif Bin Ahmad Tamsis, Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan MPHS.
Turut berlangsung sesi amanat, penyerahan bendera kontinjen serta sesi bergambar bersama para pemain, pengurus dan jurulatih sebagai tanda sokongan kepada pasukan yang bakal membawa nama MPHS di pentas kejohanan.

Selamat berjuang buat kontinjen Pingpong MPHS. Semoga terus bersemangat, berdisiplin dan memberikan saingan terbaik sepanjang kejohanan.

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2026 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Latest Update : Friday 02 October 2026, 03:42:33.
Total Visitors :
01380897