Perhimpunan Bulanan bagi bulan Julai 2026

PERHIMPUNAN BULANAN JULAI 2026

KUALA KUBU BHARU, 27 Julai 2026 – Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah mengadakan Perhimpunan Bulanan bagi bulan Julai 2026 yang bertemakan Citrawarna: "Ritma Warisan, Nadi Nusa dan Bangsa". Perhimpunan yang dihoskan oleh Jabatan Perbendaharaan ini telah berlangsung di Dewan Merdeka, Kuala Kubu Bharu.
Majlis telah dihadiri oleh YBrs. Puan Julaihah binti Jamaluddin, Yang Dipertua MPHS, YBrs. Puan Dewi Dirwana binti Munasir, Setiausaha MPHS, Encik Shaiful Rizza Bin Hj Piamin Pengarah Jabatan Perbendaharaan, barisan pengarah, ketua-ketua jabatan serta warga kerja MPHS.
Dalam ucapan beliau, YBrs. Puan Yang Dipertua menegaskan bahawa setiap warga MPHS ibarat anggota pada sebuah badan yang saling melengkapi. Setiap individu memainkan peranan penting dalam memastikan organisasi terus bergerak seiring ke arah kecemerlangan serta memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.
Turut dipertontonkan sebuah video montaj yang mengetengahkan kepentingan menjelaskan cukai taksiran mengikut tempoh yang ditetapkan, di samping menggalakkan orang ramai merebut peluang menyertai cabutan bertuah yang ditawarkan kepada pembayar cukai yang layak.
Perhimpunan kali ini turut menyaksikan penyampaian pelbagai anugerah, hadiah dan sijil sebagai tanda penghargaan terhadap pencapaian serta komitmen warga MPHS, antaranya:
Honour Award – Green Initiative Award (Government Category)
Sijil Projek Reformasi Karenah Birokrasi (RKB) 2025
Hadiah Kategori Street Soccer Lelaki (Tempat Ketiga) Piala Yang Dipertua MPHS 2026
Sijil Pelantikan Ikon Hijau MPHS (Penyelaras Program Kualiti Mampan) bagi sesi 2026–2028
Anugerah Pekerja Contoh MPHS bagi Januari–Mac 2026 dan April–Jun 2026
Perhimpunan Bulanan Julai 2026 bukan sahaja menjadi platform penyampaian maklumat dan penghargaan kepada warga kerja, malah turut menyemarakkan semangat kebersamaan serta memperkukuhkan komitmen seluruh warga MPHS dalam merealisasikan visi dan misi organisasi.


QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2026 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Latest Update : Wednesday 29 July 2026, 02:03:35.
Total Visitors :
01320122