Tahniah Team Bola Sepak Wanita Perak

TAHNIAH TEAM BOLA SEPAK WANITA PERAK!

Tahniah diucapkan kepada Team Bola Sepak Wanita Perak yang berjaya meraih pingat gangsa SUKMA Selangor 2026 selepas menewaskan Pahang dengan keputusan 4-2 dalam aksi di Stadium MPHS, Kuala Kubu Bharu petang tadi! 
Perlawanan ini juga menjadi aksi penutup bagi acara bola sepak SUKMA 2026 di Kuala Kubu Bharu, sekali gus melabuhkan tirai kejohanan dengan penuh meriah dan bermakna.
Pihak Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada semua atlet, jurulatih, pegawai serta pasukan yang telah bertanding dengan penuh semangat, disiplin dan kesukanan sepanjang kejohanan berlangsung. 
Tidak dilupakan, TERIMA KASIH WARGA HULU SELANGOR! 
Kehadiran, sorakan dan sokongan padu anda semua telah mencipta vibe SUKMA yang luar biasa di daerah Hulu Selangor. Stadium bergema, semangat terasa dan setiap perlawanan menjadi lebih bermakna dengan kehadiran anda! 
Hulu Selangor bukan sekadar tuan rumah, tetapi tuan rumah yang penuh jiwa dan semangat! 
Terima kasih.. Terima kasih... Terima kasih kerana bersama-sama menjadikan SUKMA Selangor 2026 di Hulu Selangor satu kenangan yang pasti sukar dilupakan.
RENTAK KITA, AKSI KITA

 

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2026 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Latest Update : Thursday 20 August 2026, 07:08:09.
Total Visitors :
01345236