Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) mempelawa pemilik kediaman dalam kawasan pentadbiran MPHS memohon insentif pengurangan cukai taksiran bagi pelaksanaan inisiatif mesra alam.
Antara komponen yang layak ialah:
- Sistem Solar Kediaman
- Peralatan Elektrik 5-Bintang
- Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH)
- Kenderaan Elektrik (EV)
- Penghantaran Bahan Kitar Semula
- Mesin Kompos Domestik
- Pelupusan Kenderaan Melebihi 10 Tahun
Pemohon hendaklah tidak mempunyai tunggakan cukai taksiran. Fasiliti atau teknologi mesra alam mestilah telah dipasang dan digunakan mulai 1 Januari 2026. Tertakluk terma dan syarat permohonan.
Tarikh tutup permohonan: 31 Oktober 2026
Muat turun borang permohonan melalui imbasan kod QR atau pautan ini

















