Notis Penutupan Jalan Sementara Sempena Acara Le Tour De Langkawi 2026
Dimaklumkan bahawa beberapa laluan utama di Daerah Hulu Selangor akan ditutup sementara bagi memberi laluan kepada acara berprestij, Le Tour De Langkawi (LTDL) Stage 5: Tapah ke Genting.Tarikh & Masa Penutupan:
Tarikh: 1 Oktober 2026 (Khamis)
Masa: 9:00 pagi – 1:00 petang (atau sehingga acara tamat)
Masa: 9:00 pagi – 1:00 petang (atau sehingga acara tamat)
Laluan Terlibat:
Berikut adalah laluan yang akan ditutup:
1. FT001 Jalan KL-TG Malim (Dari Sempadan Muallim ke Simpang Jambatan Batang Kali)
2. B113 Jalan Batang Kali – Ulu Yam Bahru (Dari Simpang 3 Jambatan Batang Kali ke Simpang Empat Genting)
3. B66 Jalan Batang Kali – Genting (Dari Simpang Empat Genting ke Sempadan Bentong di Genting)
Kepada semua pengguna jalan raya, sila rancang perjalanan anda dan gunakan laluan alternatif. Berhati-hati dan patuhi arahan petugas di lokasi.
Kerjasama semua pihak amatlah dihargai demi menjayakan acara ini.





















