Pelesenan

Objektif

Memberi perkhidmatan dan pemprosesan pengeluaran lesen berkaitan perniagaan kepada peniaga-peniaga dalam kawasan Majlis Perbandaran Hulu Selangor berpandukan Akta, Enakmen dan Undang-undang Kecil yang berkuatkuasa

Senarai Lesen Perniagaan Yang Diluluskan Dalam Tempoh 24 Jam: (sila di sini untuk keterangan lanjut)

Jenis Lesen Yang Dikeluarkan ( Bayaran Yang Dikenakan Adalah Tahunan )

Bil Lesen
1 Lesen Premis / & Lesen Iklan Untuk Perniagaan ( Tred Perniagaan )
2 Lesen Permit / Iklan / Sepanduk
3 Lesen Hiburan Awam
4 Lesen Pasar Awam (Disewa dengan MPHS ) (Borang Komposit permohonan lesen dan sewagerai/pasar/bengkel/ruang niaga bagi premis dan iklan di MPHS)
5 Lesen Penjaja (Penjaja Kereta Tolak / Meja Lipat)
6 Lesen Tapak Penjaja (Pasar Pagi & Penjaja Sementara)
7 Lesen Penjaja Bergerak
8 Lesen Anjing

Jenis Permit Yang Dikeluarkan (Bayaran Yang Dikenakan Adalah Mengikut Tempoh Masa)

Bil Lesen
1 Permit Pasar Malam
2 Permit Kaki Lima (Meletak Kerusi Meja bagi Restoran / Kedai Makan)
3 Permit Kaki Lima (Meletak Barang di Kaki Lima Premis)
4 Permit Sementara Umum ( Ekspo / Promosi / Pemasangan Khemah )
5 Permit Pertunjukan Pentas ( Hiburan )
6 Permit Pasar Ramadhan
Dokumen Yang Diperlukan Untuk Permohonan Lesen
Lesen Premis / & Lesen Iklan Untuk Perniagaan ( Tred Perniagaan )
  • 5 salinan borang permohonan yang lengkap diisi dengan HURUF BESAR serta jelas (termasuk borang asal)
  • 2 salinan Borang A (Pendaftaran Perniagaan) dan Borang B Borang D (Pendaftaran Perubahan Perniagaan) mengikut Ordinan Pendaftaran Perniagaan 1965 (Alamat SSM sama dengan Alamat Perniagaan) atau Memorandum dan Perkara Persatuan bagi Syarikat (Memorandum and Articles of Association), Borang 24  (Return of Allotment of Shares) dan Borang 49 (Return Giving Particulars in Register of Directors, Managers and Secretaries and Changesof Particulars) mengikut Akta Pendaftaran Syarikat 1965 yang telah diperakui oleh Setiausaha Syarikat.
  • 2 salinan Perjanjian Sewaan (jika disewa ) yang telah di stamping atau kebenaran tuan bangunan (jika bukan bangunan sendiri) yang telah diperakui oleh Pesuruhjaya Sumpah / Commisioner of Oath.
  • 2 salinan geran (jika bangunan lama / tanah persendirian) atau Salinan Perjanjian Sewa Beli
  • 3 salinan Sijil Layak Menduduki Bangunan (CF)
  • 2 salinan Geran atau Sales and Purchase Agreement
  • 3 salinan resit cukai taksiran (sudah berbayar)
  • 2 salinan resit cukai tanah
  • 4 keping gambar premis (4 sisi berbeza dan 4 salinan yang berwarna 1 depan, 1 belakang, 2 dalam)
  • 5 salinan pelan lokasi (bukan Google Maps)
  • 2 salinan pelan lantai
  • 3 salinan lakaran yang menunjukkan butir-butir lengkap iklan
  • 3 salinan kelulusan Dewan Bahasa dan Pustaka
  • 2 keping gambar terbaru pemohon berukuran passport.
  • 3 salinan kad pengenalan pemohon
  • 2 salinan surat pemeriksaan doktor termasuk suntikan Typhine VI- Bagi Pengendali Makanan dan Minuman (Temasuk pemohon & Pekerja & IC)
  • 2 salinan sijil kursus Pengendalian Makanan- Bagi setiap pengendali makanan dan minuman sahaja (Temasuk pemohon & Pekerja & IC)
  • 1 salinan dokumen ubah suai dalaman / luaran
  • 1 salinan resit pembelian pemadam api.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Rabu 24 April 2024, 06:55:08.
Jumlah Pelawat :
00734521

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015