Selangorkini 9 Jun 2023

Lebih 400 pengiat sukan lasak sertai dua acara di Hulu Selangor pada 10, 11 Jun

Oleh AMIRUL FAZLI

SHAH ALAM, 9 JUN: Lebih 400 peserta mengambil bahagian dalam dua acara larian sukan lasak anjuran Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) dengan kerjasama Pinnacle Sports di Taman Milenium, Kuala Kubu Bharu pada 10 dan 11 Jun.

Pihak berkuasa tempatan itu berkata penganjuran Hulu Selangor Adventure Challenge (HSAC) dan Hulu Selangor Ultra Trail (HSUT) bertujuan memperkenalkan daerah itu sebagai kawasan eko-pelancongan sukan lasak.

“Keunikan penganjuran di Hulu Selangor adalah laluan perlumbaan yang mencabar sambil peserta dapat menyaksikan pemandangan dan pengalaman yang menakjubkan kawasan Bukit Batu Pahat, Bukit Kutu dan juga Lata Medang yang merupakan salah satu daripada air terjun paling cantik di Malaysia,” menurut MPHS dalam kenyataan di Facebook.

MPHS memaklumkan, seramai 110 individu menyertai HSAC, acara yang menggabungkan kayuhan, larian denai dan cabaran fizikal lain seperti sukan air dengan penganjuran kali ini sebagai persediaan kepada cabaran A1 World Series 2024.

Sementara, 348 individu pula menyertai HSUT, acara larian 55 km (Ultra Trail), 25 km (Scort Vertikal), 12 km (Double Trouble) dan 5km (Dash) yang menuntut setiap peserta merentasi pergunungan Hulu Selangor.

“Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan program pada hujung minggu ini. Pelbagai aktiviti menarik turut disediakan antaranya termasuklah acara makan durian, lukisan wajah, jualan barangan outdoor dan cabutan bertuah,” katanya.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Rabu 24 April 2024, 06:55:08.
Jumlah Pelawat :
00735053

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015