34 warga MPHS terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Jasamu Dikenang 2021 Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah berjaya diadakan di Geo Resort dan Hotel, Genting Highland pada 1 April 2022.
Majlis dirasmikan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Pengurusan), TuanMohamad Zahri bin Samingon yang turut menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2021 kepada 34 daripada 440 warga Majlis Perbandaran Hulu Selangor yang menunjukkan prestasi dan khidmat bakti yang cemerlang sepanjang tahun 2021 termasuk sembilan (9) orang penerima Anugerah Perkhidmatan Setia (25 tahun) dan empat (4) Anugerah Jasamu Dikenang kepada pesara.

 

Yang Dipertua MPHS, Mohd Hasry Nor Mohd mengucapkan tahniah kepada semua penerima-penerima APC tahun ini dan berharap ianya dapat menjadi pendorong kepada seluruh warga kerja MPHS dalam menghasilkan perkhidmatan dan meningkatkan mutu perkhidmatan ke arah yang lebih berkualiti, cemerlang serta berimpak tinggi pada tahun-tahun yang akan datang.

Menurutnya lagi, organisasi yang berjaya adalah organisasi yang dapat melihat dan membuat jangkaan tentang perubahan yang bakal berlaku di masa hadapan. Organisasi yang masih ditakuk lama dan tidak membuat perubahan dengan cepat akan terus ketinggalan dan gagal. Jadi kita harus sentiasa peka memikirkan cara-cara untuk memastikan perkhidmatan kita sesuai dengan kehendak pelanggan dan kehendak semasa pada masa ini. Saya dapati juga bahawa, penularan wabak Covid-19 ini merupakan satu titik tolak untuk kita memperkukuhkan era digitilisasi.

Mengambil iktibar daripada cabaran, dugaan dan pencapaian sepanjang tahun lepas, saya ingin menyeru kepada semua warga kerja Majlis Perbandaran Hulu Selangor untuk memperkukuhkan azam, memperteguh iltizam dan memantapkan ikhtiar kita untuk bersama-sama berubah dan menjadikan perkhidmatan awam kepada sebuah perkhidmatan yang dihormati, disegani dan diteladani kerana kepantasan perkhidmatan, tinggi integriti dan profesional, katanya lagi. Dalam ucapannya beliau turut merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada mantan-mantan YDP MDHS terdahulu di atas sumbangan dan usaha yang telah diberikan sehingga MDHS berjaya di naiktaraf kepada status Perbandaran.

Hadir sama Orang Besar Daerah Hulu Selangor, Raja Dato’ Muzaffar Raja Redzwa, Timbalan Yang Dipertua MPHS, Awaluddin Zakaria, Ahli Majlis serta Ketua-ketua Jabatan MPHS.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Selasa 14 Mei 2024, 04:42:31.
Jumlah Pelawat :
00749193

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015