Deklarasi Desaru 2023

27 Mei 2023, Sabtu
Bertempat di Desaru Coast Conference Centre, Johor.

ILAM dengan kerjasama kerajaan Negeri Johor dan pihak berkuasa tempatan (PBT) telah menandatangani deklarasi ikrar tindakan terhadap perubahan iklim melalui Deklarasi Desaru 2023 bersempena dengan Anugerah Seni Bina Landskap Malaysia (MLAA13) di Desaru Johor Darul Takzim pada 27 Mei 2023 hari Sabtu.
Antara intipati ikrar yang terkandung didalam deklarasi tersebut:

1- Memajukan matlamat pembangunan mampan bangsa-bangsa bersatu (SDG 2030) melalui pihak berkuasa tempatan, agensi kerajaan lain,pemaju, pihak swasta dan individu dalam memulihara ekosistem.

2- Mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2040 dengan mengurangkan pelepasan karbon yang dihasilkan melalui manfaat dan fungsi landskap serta menyokong pelbagai mod sistem pengangkutan yang berkesan dan sifar karbon.

3- Meningkatkan kapasiti dan daya tahan bandar serta komuniti yang boleh didiami dengan menerapkan infrastruktur hijau yang berfungsi mengurangkan kesan ‘urban heat island’, banjir dan kemarau.

4- Memperjuangkan kesejahteraan sosial dan iklim dengan meningkatkan sokongan kesaksamaan sosial, ‘food security’ serta bekalan air bersih dan kesejahteraan komuniti dengan sama rata.

5- Pengetahuan sistem budaya dengan bekerjasama dan menghormati budaya orang asal dalam pengurusan tanah kearah mengurangkan kesan perubahan iklim.

6- Libat urus kepimpinan menangani krisis perubahan iklim melalui kerjasama pelbagai profession, pembekal dan pelanggan untuk menghasilkan rekabentuk yang berkesan.

LAr Mohd Fadhil bin Mohd Lani, Pengarah Jabatan Landskap mewakili Yang DiPertua MPHS untuk menandatangani Deklarasi Desaru 2023 ini.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Selasa 14 Mei 2024, 04:42:31.
Jumlah Pelawat :
00749125

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015