Kenyataan Media YDP Turut Serta Rai Sambutan Hari Wanita MDHS 2021

Kenyataan Media YDP Turut Serta Rai Sambutan Hari Wanita MDHS 2021.

Sambutan Hari Wanita pada tahun ini disambut secara serba sederhana berikutan negara kita masih lagi berdepan dengan ancaman Covid-19. Namun itu tetap tidak menjejaskan sambutan bagi menghargai peranan golongan wanita.

Di Majlis Daerah Hulu Selangor, ANULAE cawangan MDHS telah menganjurkan sambutan Hari Wanita sebagai tanda penghargaan kepada kakitangan wanita di MDHS. Majlis serba ringkas yang diadakan mengikut norma baru dan mematuhi SOP ini telah disempurnakan oleh Tuan Dr. Mohd Azhar bin Mohammed Ali, Yang Dipertua MDHS bersama – sama Tuan Awaluddin bin Zakaria , Setiausaha MDHS .Turut serta pengarah- pengarah jabatan MDHS dan warga kakitangan.

Dengan bertemakan “Wanita Bangkit Mendepani Cabaran“ sambutan ini diharap dapat memberi inspirasi kepada golongan wanita di MDHS yang selama ini menjadi tulang belakang dan penyumbang kepada kecemerlangan MDHS sehingga MDHS bukan sahaja dikenali diperingkat Negeri mahupun Negara tetapi juga diperingkat Antarabangsa. Selain itu sambutan ini juga dapat meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai keupayaan wanita dalam pembentukan keluarga, perpaduan dan pembangunan masyarakat.

Tuan Dr. Mohd Azhar turut berharap kakitangan wanita di MDHS dapat memainkan peranan yang sama penting dengan golongan lelaki bagi memastikan MDHS terus dapat memberikan perkhidmatan perbandaran terbaik kepada rakyat di Hulu Selangor. Justru itu , beliau menyeru agar kakitangan wanita dapat sentiasa memperbaiki diri dengan meningkatkan ilmu dan kemahiran diri .

ANULAE Cawangan MDHS pada tahun ini turut menyediakan cenderamata kepada semua wanita warga kerja MDHS sempena Sambutan Hari Wanita.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Selasa 14 Mei 2024, 04:42:31.
Jumlah Pelawat :
00749144

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015