Kilang Ingkar Arahan Penutupan Dikenakan Tindakan Oleh Mdhs

*KILANG INGKAR ARAHAN PENUTUPAN DIKENAKAN TINDAKAN OLEH MDHS*

Sebuah Kilang yang menjalankan aktiviti melebur kuprum kepada jongkong di Jalan Zurah 1, Perindustrian Zurah, Rasa ditutup di dalam satu operasi yang dijalankan oleh Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) bersama Jabatan Alam Sekitar(JAS) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 31 Disember 2020.

Operasi dilaksanakan berdasarkan keingkaran premis kerana melanggar syarat notis penutupan pihak majlis bertarikh 27 November 2020 iaitu memecahkan mangga dan rantai yang telah di lak oleh pihak majlis dan melakukan proses melebur di premis tanpa kelulusan pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan MDHS.

Semasa siasatan didalam premis dijalankan, didapati steamer dalam keadaan panas dan terdapat bahan mentah untuk diproses. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan wakil premis turut dipanggil untuk hadir ke premis bagi menjalankan perbincangan ringkas berkaitan pematuhan Seksyen 18 bersama pihak JAS dan MDHS.

Di dalam perbincangan tersebut, premis didapati masih belum memperoleh Kebenaran Bertulis bagi Seksyen 18 dan telah menjalankan aktiviti melebur kuprum tanpa kelulusan penuh Environmental Impact Assessment(EIA) dari JAS Selangor. Premis juga turut didapati beroperasi tanpa lesen majlis.

Pihak majlis telah mengeluarkan Notis Penutupan Premis Perniagaan di bawah Undang-undang Kecil 43(1)(a) dan (b), Undang-undang Kecil Pelesenan Tred,Perniagaan dan Perindustrian(MDHS) 2007 selama tempoh 14 hari berkuatkuasa 31/12/2020 hingga 13/1/2021.

Notis penutupan telah ditampal di pintu masuk utama premis dan dua pintu utama telah di kunci manakala JAS telah menampal notis Makluman Penahanan Kelengkapan Operasi dan mengambil 2 sampel di premis serta mengeluarkan notis _Field Citation._

Bagi memastikan premis tidak beroperasi semula, pemantauan berkala akan dilaksanakan dan pihak majlis akan memohon kerjasama daripada pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Syarikat Air Selangor agar tindakan pemotongan bekalan elektrik dan air dilaksanakan segera ke atas premis.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Selasa 14 Mei 2024, 04:42:31.
Jumlah Pelawat :
00749163

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015