KKB International Paragliding Accuracy Open 2022

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) menganjurkan Kejohanan KKB International Paragliding Accuracy Open 2022 dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) dan Kelab Luncur Udara Kuala Kubu Bharu bertempat di Taman Milenium pada 16-18 September 2022.
Kejohahan ini merupakan kali kedua penganjurannya selepas tahun 2019. Seramai 75 peserta telah menyertai pertandingan ini yang terdiri daripada peserta daripada 8 buah negara iaitu Singapura, Indonesia, Thailand, Hongkong, Sepanyol, Jerman, Perancis dan Malaysia. Daripada jumlah tersebut, 54 penerjun adalah dari Malaysia dan selebihnya daripada luar negara.
Bagi kategori pertandingan pula, 4 kategori yang dipertandingkan iaitu overall, national, women dan team. Acara ini merupakan Kejohanan Paragliding kategori Dua (CAT 2) yang diiktiraf oleh Badan Sukan Udara Dunia. Keputusan pertandingan peserta yang memasuki pertandingan ini akan dimasukkan untuk ke ranking dunia.
Penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Pelancongan Malaysia, Datuk Mohd Zamri bin Mat Zain bersama Yang Dipertua MPHS, Mohd. Hasry Nor Mohd. Turut hadir Pengarah Motac Selangor, Syed Mohd Fariz Syed Mansor, , Pengarah Motac Melaka, Yeow Chin Hai, , Penolong Pengarah Motac Melaka, Laliy Khamsiah Harun, Dr. Khairul Hilmi A. Manap, Timbalan Pengarah Tourims Malaysia Wilayah Tengah, Orang Besar Daerah, Raja Dato Muzaffar Raja Redzwa dan beberapa ahli majlis MPHS.
Yang Dipertua MPHS, Mohd. Hasry Nor Mohd berkata, penganjuran ini diharapkan dapat menjadikan KKB sebagai Hub Sukan Udara yang mampu menerima juruterbang-juruterbang Paragliding dari dalam dan luar negara. Secara tidak langsung, ianya juga dapat mengangkat kejohanan sukan ini sebagai acara tahunan dalam Kalendar Pelancongan Negeri Selangor ataupun Malaysia.

Selain itu, agensi-agensi yang berkaitan seperti MOTAC diharapkan dapat terus memberikan sokongan kepada program ini. Kedatangan pengunjung atau pelancong akan merancakkan lagi sektor pelancongan negeri Selangor atau khususnya Malaysia. Pihak MPHS akan sentiasa memberikan yang terbaik pada setiap program yang dianjurkan.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Selasa 14 Mei 2024, 04:42:31.
Jumlah Pelawat :
00749156

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015