Kursus Induksi bagi Pegawai Tetap dan Kontrak MPHS bilangan 1 tahun 2022

KURSUS INDUKSI BAGI PEGAWAI TETAP DAN KONTRAK MPHS BILANGAN 1 TAHUN 2022.

Tarikh: 08 November 2022 (Selasa)
Masa: 8.30 Pagi – 5.00 Petang
Tempat: Auditorium Dewan Dato’ Abdul Hamid, Bandar Utama Batang Kali.

Kursus induksi bagi pegawai tetap dan kontrak MPHS bilangan 1 tahun 2022 ini bertujuan memberi maklumat dan penerangan berkenaan Perintah-perintah Am, Kaedah-kaedah Pekerja MDHS 1995 (kelakuan dan tatatertib), Peraturan Berpakaian Semasa Bekerja MPHS dan Arahan Perbendaharaan kepada pegawai tetap dan kontrak lantikan baharu di MPHS.

Taklimat-taklimat telah di sampaikan oleh Pengarah-pengarah Jabatan dan Ketua Unit MPHS mengikut tajuk masing-masing. Bagi taklimat Perintah-perintah Am telah disampaikan oleh Encik Mohd Norazif bin Ahmad Tamsis (Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan), Encik Abdullah Shahrul bin Rosli (Ketua Unit Integriti) telah menyampaikan taklimat bagi Kaedah-kaedah Pekerja dan Peraturan Berpakaian manakala Encik Shaiful Rizza bin Haji Piamin (Pengarah Jabatan Perbendaharaan) telah menyampaikan taklimat mengenai Arahan Perbendaharaan. Majlis penutup kursus induksi ini telah disempurnakan oleh Tuan Awaluddin bin Zakaria (Timbalan Yang Dipertua MPHS).

Seramai 150 kakitangan pelbagai jawatan telah menghadiri kursus pada hari ini dan rata-rata kakitangan yang hadir dapat memahami taklimat serta maklumat yang telah disampaikan untuk dijadikan panduan sepanjang perkhidmatan sebagai penjawat awam.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Selasa 14 Mei 2024, 04:42:31.
Jumlah Pelawat :
00749192

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015