Kursus Swift Water & Flood Rescue

KURSUS SWIFT WATER & FLOOD RESCUE (WHITE WATER RAFTING KUALA KUBU BHARU)

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) menganjurkan Kursus Swift Water & Flood Rescue bertempat di Kem Bina Semangat Kuala Kubu Bharu pada 24 hingga 25 Mei 2023.

Kursus ini telah dikendalikan oleh International Search and Rescue Alliance ( ISARA) selaku badan yang dilantik oleh MPHS bagi memberi taklimat dan latihan keselamatan kepada operator-operator rafting di Daerah Hulu Selangor. Hal ini bagi memastikan setiap operator rafting di daerah ini mempunyai kompetensi menyelamat mangsa dalam situasi kecemasan ketika menjalankan aktiviti white water rafting.

Penganjuran kursus ini juga sebagai salah satu garis panduan dalam melengkapkan Prosedur Standard Operasi (SOP) di bawah Program Pemurnian Pelancongan Negeri Selangor (P3S) bagi aktiviti sukan lasak daerah Hulu Selangor. Secara tidak langsung, ianya juga dapat memberi nilai tambah kepada pihak operator dalam memberi keyakinan kepada pelanggan/ peserta dalam menjalankan aktiviti white water rafting di Hulu Selangor.

Seramai 23 orang peserta telah terlibat dalam kursus sesi pertama ini yang terdiri daripada 8 operator. Di dalam kursus ini, peserta perlu mempelajari teori dan juga praktikal dalam mengendalikan situasi kecemasan yang diadakan di Sungai Selangor, Kuala kubu Bharu.

Majlis Pembukaan telah dirasmikan oleh Mohd Hasry Nor Mohd, Yang Dipertua MPHS dengan dihadiri bersama Tuan Awaluddin Zakaria, Timbalan Yang Dipertua MPHS dan Nurulhuda Ahmad Khairuddin, Ketua Jabatan Pembangunan Masyarakat MPHS.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Selasa 14 Mei 2024, 04:42:31.
Jumlah Pelawat :
00749185

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015