Lawatan Kerja MPHS ke MP Sepang dan JKT, KPKT bagi Perkongsian Tatacara Kerja OSC dan Pelaksanaan Sistem OSC 3.0 Plus Online

LAWATAN KERJA MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR KE MAJLIS PERBANDARAN SEPANG DAN JABATAN KERAJAAN TEMPATAN, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN KERAJAAN TEMPATAN (JKT, KPKT) BAGI PERKONGSIAN TATACARA KERJA OSC DAN PELAKSANAAN SISTEM OSC 3.0 PLUS ONLINE.

TARIKH : 8 – 9 JUN 2023 (KHAMIS – JUMAAT)

MASA : 10.00 PAGI – 5.00 PETANG

TEMPAT : MAJLIS PERBANDARAN SEPANG

JABATAN KERAJAAN TEMPATAN, KEMENTERIAN

PEMBANGUNAN KERAJAAN TEMPATAN (JKT, KPKT)

Tujuan lawatan ini diadakan adalah bagi mempelajari dan berkongsi ilmu pengetahuan berkaitan tatacara kerja serta proses bagi meningkatkan kepantasan dan kecekapan Pihak Berkuasa Tempatan khususnya sebagai penanda arasan agar sistem penyampaian perkhidmatan Pusat Setempat Majlis Perbandaran Hulu Selangor (OSC MPHS) dapat ditambah baik. Seramai 16 orang perserta yang terdiri daripada Bahagian OSC MPHS dan Agensi Teknikal Dalaman (ATD) MPHS telah turut serta sesi lawatan tersebut.

Delegasi memulakan sesi lawatan kerja ke Majlis Perbandaran Sepang terlebih dahulu. Ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Puan Aziaton binti Shuib, Pengarah Unit OSC Majlis Perbandaran Sepang. Manakala ucapan balas telah disampaikan oleh Encik Mohd Razaini bin Ishak, Ketua Bahagian OSC MPHS.

Taklimat perkongsian ilmu turut disampaikan oleh Puan Aziaton binti Shuib, Pengarah Unit OSC Majlis Perbandaran Sepang dan disokong oleh pegawai-pegawai daripada Unit OSC Majlis Perbandaran Sepang. Aspek-aspek yang dibincangkan bersama delegasi MPHS adalah menyelaras dan memudahcara proses kelulusan cadangan pemajuan di peringkat Proses 2 bagi permohonan yang berkaitan; seterusnya diperincikan berkenaan pelaksanaan Proses 3 (Notifikasi Mula Kerja) sehingga Proses 6 (Pendepositan CCC) melalui Sistem OSC 3.0 Plus Online.

Lawatan kerja diteruskan ke Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (JKT, KPKT). Delegasi MPHS telah disambut oleh Tuan Ar. Mohamad Nazli bin Ramli, Pengarah Bahagian Perunding Kawalan Pemajuan. Sesi taklimat dan latihan berhubung pelaksanaan OSC 3.0 Plus Online telah disampaikan oleh Encik Mohamed Firdaus b. Othman, Penolong Pengarah Kanan pada hari pertama, manakala Encik Mior Shahrizan bin Sha@Mior Sha, Ketua Penolong Pengarah pada hari kedua. Sesi soal jawab menjadi tumpuan utama delegasi bagi meningkatkan pemahaman dan merungkai beberapa isu pelaksanaan Manual OSC 3.0 Plus dan Sistem OSC 3.0 Plus Online. Menariknya latihan yang diberikan telah mendedahkan elemen-elemen penambahbaikan terkini ke atas Sistem OSC 3.0 Plus Online yang sentiasa dilaksanakan JKT, KPKT.

Selain itu, lawatan kerja ke Cyberjaya dan Putrajaya ini menjadi program serampang dua mata yang mana ianya dapat mengeratkan hubungan antara jabatan serta disisipkan dengan perbincangan bagi proses pembinaan bangunan baharu MPHS oleh Jabatan Bangunan MPHS dan Bahagian Perolehan MPHS. Sesi lawatan dengan atur cara yang padat sehingga sebelah malam turut mengambil peluang melihat aspek perancangan pembangunan di dua perbandaran ini khususnya aspek landskap kawasan cerun tepi jalan dan program pencahayaan bagi tujuan pengindahan kawasan tarikan pengunjung.

Dengan perkongsian maklumat antara PBT dan JKT, KPKT, MPHS yakin ianya dapat membantu penyampaian perkhidmatan awam yang efisien, cepat dan telus di MPHS yang mana akan menjadi pemangkin kepada kepesatan produktiviti selain dapat meningkatkan keyakinan pelabur untuk menjalankan bisnes dan pembangunan di Daerah Hulu Selangor yang seterusnya akan memberikan sumbangan yang besar kepada ekonomi dan kesejahteraan penduduk di daerah ini.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Selasa 14 Mei 2024, 04:42:31.
Jumlah Pelawat :
00749156

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015