Lawatan Kunjung Hormat dan Penanda Aras dari Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM)

Lawatan Kunjung Hormat dan Penanda Aras dari Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM)
Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah menerima Lawatan Kunjung Hormat dan Penanda Aras dari Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM) pada 18 Oktober 2022 (Selasa) jam 10.00pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Chiling MPHS.
Delegasi MDTM telah diketuai oleh Tuan Mohd Ikram bin Ahmad, Yang Dipertua MDTM, Encik Roslan bin Kamaruzaman, Setiausaha MDTM, barisan Ahli Majlis MDTM dan Pengarah-pengarah Jabatan MDTM.
YBrs. Tuan Mohd Hasry bin Nor Mohd, Yang Dipertua MPHS telah menyambut ketibaan delegasi dari MDTM tersebut bersama Tuan Awaluddin bin Zakaria, Timbalan Yang Dipertua MPHS, Ketua-ketua Whip Ahli Majlis MPHS dan Pengarah-pengarah Jabatan MPHS.
Taklimat MPHS telah disampaikan oleh Tuan Awaluddin bin Zakaria. Turut disampaikan Taklimat mengenai Program Pemurnian Pelancongan Selangor (P3S) dan Portal Executive Information System (EIS) MPHS telah disampaikan oleh Puan TPr. Azlina binti Mokhtar, Pengarah Perancang Bandar MPHS. Ia merupakan perkongsian Amalan Terbaik yang telah dilaksanakan di MPHS kepada delegasi MDTM.
Selain itu, Encik Shaiful Rizza bin Hj. Piamin, Pengarah Perbendaharaan turut berkongsi pengalaman MPHS dalam proses penaiktarafan ke Majlis Perbandaran.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Selasa 14 Mei 2024, 04:42:31.
Jumlah Pelawat :
00749144

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015