Lawatan Perkongsian Ilmu daripada Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL)

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah menerima kehadiran bagi lawatan perkongsian ilmu Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) pada 10 Julai 2023.

Tujuan utama kunjungan ini diadakan bagi mengetahui berkaitan cara pengurusan MPHS bagi aktiviti sukan paragliding di daerah Hulu Selangor untuk diguna pakai di daerah Kuala Langat bagi aktiviti paragliding di Bukit Jugra.

Delegasi MPKL yang diketuai oleh Tuan Khairul Azam Saroni, Timbalan Yang Dipertua MPKL telah dibawa ke kawasan utama lawatan iaitu di Taman Tasik Milenium (base aktiviti paragliding) yang merupakan tempat mendarat dan Bukit Batu Pahat tempat pelepasan aktiviti paragliding.

Selain itu, mereka turut dibawa melawat ke beberapa kawasan yang lain seperti tapak kawasan perkhemahan di tepian Sg. Selangor, Pusat Informasi Pelancongan dan Lorong Seni Kuala Kubu Bharu.

Sesi taklimat pula telah diadakan di Ibu Pejabat MPHS yang telah dihadiri oleh Tuan Awaluddin Zakaria, Timbalan Yang Dipertua MPHS, Puan Nurulhuda Ahmad Khairudin, Ketua Jabatan Pembangunan Masyarakat MPHS serta pengarah dan wakil jabatan MPHS.

Pihak MPHS merakamkan ucapan terima kasih di atas kesudian pihak MPKL untuk hadir ke Hulu Selangor . Semoga dengan pertemuan ini dapat mengeratkan lagi hubungan dua hala diantara PBT dan dapat merealisasikan hasrat kerajaan negeri selangor bagi pelaksanaan Program Pemurniaan Pelancongan Selangor (P3S).

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Selasa 14 Mei 2024, 04:42:31.
Jumlah Pelawat :
00747189

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015