Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis Majlis Daerah Hulu Selangor Bagi Penggal 2021-2022

Majlis Pelantikan dan Angkat Sumpah Ahli Majlis, Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) bagi tempoh 2021-2022 telah diadakan pada 11 Januari 2021 bertempat di Dewan Mesyuarat, MDHS.

Majlis angkat sumpah telah diadakan dihadapan YBhg. Tuan Dr. Mohd Azhar Mohamed Ali, Yang Dipertua MDHS. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Awaluddin bin Zakaria, Setiausaha MDHS, ketua-ketua whip serta pengarah-pengarah dan ketua Jabatan MDHS.

Seramai 18 ahli majlis telah mengangkat sumpah yang terdiri daripada 11 lantikan semula termasuk Orang Besar Daerah dan 7 lantikan baharu. Lantikan ahli majlis baharu oleh Kerajaan Negeri Selangor ini bagi mengisi kekosongan jawatan yang ditinggalkan penyandang terdahulu. Mereka yang baharu dilantik ialah:

1. Muhammad Dzul Hilmi bin Zainol (PKR)
2. Marina A/P Jeyaseelan (PKR)
3. Muhammad Syafiq b. Zazali (PKR)
4. Law Suet Peng (DAP)
5. Chinniah A/L Subramaniam (DAP)
6. Yong Chan Hee (DAP)
7. A. Durai Anbalagan A/L Ayya Kanama (AMANAH)

Manakala senarai lantikan semula Ahli Majlis ialah :

1. Y.D.M Raja Dato’ Muzaffar bin Raja Redzwa (OBD)
2. Lee Meng Wai (PKR)
3. Kanagaraja A/L Allagasen (PKR)
4. Law Chun Yoong (PKR)
5. Arabiah binti Salleh (PKR)
6. Murali A/L Samee (DAP)
7. Saripah binti Bakar (DAP)
8. Tan Lai Zhen (DAP)
9. Husna binti Mohd Amran (AMANAH)
10. Rohani binti Yusof (AMANAH)
11. Abdul Mun’im bin Roslin (AMANAH)

Barisan ahli majlis yang baharu bagi sesi 2021-2022 ini terdiri daripada beberapa komposisi iaitu 1 Orang Besar Daerah, 7 Parti Keadilan Rakyat (PKR), 6 Democratic Action Party (DAP) dan 4 Parti Amanah Negara (Amanah). Lantikan ini berkuatkuasa pada 1 Januari 2021 sehingga 31 Disember 2022.

Yang Dipertua MDHS berkata, “Besar harapan saya agar ahli-ahli Majlis bagi penggal baharu ini untuk meneruskan kecemerlangan dan memikul tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan penuh komited, tanggungjawab, telus dan berintegriti. Lupakanlah sengketa dan perbezaan fahaman politik.

Justeru, sebagai sebahagian daripada komponen pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Ahli-ahli Majlis juga merupakan penggubal dasar, memainkan peranan yang cukup signifikan di dalam membentuk kecekapan dan ketelusan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat, katanya lagi.

Sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), tidak lagi hanya berfungsi sebagai penyedia perkhidmatan sahaja, tetapi berfungsi sebagai katalis kepada pembangunan setempat yang akhirnya akan menentukan kemajuan keseluruhan kawasan. Ini merupakan tanggungjawab yang besar untuk kita laksanakan.

Seluruh warga kerja MDHS mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada barisan Ahli Majlis yang baharu. Selamat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan amanah serta dapat berkhidmat untuk masyarakat setempat.

Disediakan oleh :
Bahagian Korporat
Majlis Daerah Hulu Selangor

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Selasa 14 Mei 2024, 04:42:31.
Jumlah Pelawat :
00749192

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015