Majlis Pelancaran dan Undian Tapak Bazar Ramadan Mampan 2021

Majlis Pelancaran dan Undian Tapak Bazar Ramadan Mampan 2021
                                                                                  Majlis Pelancaran dan Undian Tapak Bazar Ramadan Mampan 2021 telah diadakan secara langsung secara norma baru melalui platform atas talian yang disiarkan secara lansung di Facebook Korporat MDHS  hari ini. 

 Pada penganjuran kali ini  juga MDHS berkoloborasi  dengan pihak  TNG DIGITAL Sdn. Bhd yang mana MDHS  sebelum ini sebagai perintis “Cashless Society” sangat menggalakkan semua peniaga menggunakan e-dompet sebagai salah satu kaedah urusniaga. Pada sesi ini, Puan Norain Binti Khidir, selaku wakil dari pihak TNG turut  dijemput memberikan taklimat kepada para peniaga. 

Taklimat tentang peraturan pengendalian makanan telah disampaikan oleh Encik Aizul Azrin Bin Mohd Badri , Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran. MDHS sentiasa memastikan para peniaga Bazar Ramadan mematuhi peraturan pengendalian makanan. Turut menyampaikan taklimat ,Pengarah daripada Jabatan Pelesenan Encik Kamaruzzaman bin Abdul Rahman.

Majlis telah dirasmikan oleh Yang Dipertua MDHS, Tuan Dr. Mohd Azhar Bin Mohamed Ali. Dalam ucapannya Tuan Yang Dipertua menasihatkan semua peniaga agar sentiasa mematuhi syarat dan peraturan yang telah disyaratkan serta pematuhan yang lebih ketat pada tahun ini berdasarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang terbaharu bagi memastikan kemaslahatan rakyat yang terutama para peniaga dan juga pengunjung Bazar Ramadan . Tuan Dr. Mohd Azhar turut menyarankan para peniaga untuk lebih proaktif dan kreatif dalam usaha memastikan kelangsungan jualan dengan mengambil inisiatif memasarkan perniagaan secara dalam talian seperti Facebook, Instagram dan Whatsapp mahupun dengan menggunakan khidmat syarikat penghantaran seperti Food Panda dan Grab Food.                                           

Sesi cabutan undi telah dilakukan oleh Ahli- Ahli Majlis kawasan bagi mewakili para peniaga. Senarai lengkap peniaga yang berjaya dengan nombor petak turut dipaparkan di laman web rasmi MDHS www.mdhs.gov.my. 

Diharapkan  agar penganjuran program Bazar Ramadan Mampan tahun ini akan membawa manfaat kepada seluruh penduduk dalam kawasan pentadbiran Majlis Daerah Hulu Selangor . Semoga kita terus cekal dan tabah dalam menempuh cabaran memerangi wabak COVID-19 .

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Selasa 14 Mei 2024, 04:42:31.
Jumlah Pelawat :
00749193

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015