Majlis Pelancaran Kempen Kibarkan Jalur Gemilang

Majlis Perbandaran Hulu Selangor telah mengadakan Majlis Pelancaran Kempen Kibarkan Jalur Gemilang bersempena dengan Hari Kebangsaan 2022 MPHS pada 10 Ogos 2022 (Rabu) bertempat di Perkarangan Stadium Mini, Kuala Kubu Bharu.

Majlis Pelancaran telah disempurnakan oleh Tuan Awaluddin bin Zakaria, Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor. Turut hadir Yang Dimuliakan Engku Orang Kaya Maha Bijaya Hulu Selangor Raja Dato’ Muzaffar bin Raja Redzwa, Orang Besar Daerah Hulu Selangor, Ketua-Ketua WHIP MPHS, Ketua-Ketua Jabatan Daerah Hulu Selangor, Wakil-Wakil Jabatan Daerah Hulu Selangor, Pengarah-Pengarah Jabatan MPHS serta kakitangan MPHS.

Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku dan Jalur Gemilang. Seterusnya kawad perbarisan oleh angota-anggota penguatkuasa MPHS bagi penyerahan bendera Jalur Gemilang kepada Tuan Timbalan Yang Dipertua MPHS.

Majlis diteruskan dengan gimik pelancaran dan penyerahan bendera Jalur Gemilang kepada semua Jabatan Daerah Hulu Selangor yang hadir dan Jabatan-Jabatan MPHS.

Majlis diakhiri dengan pemasangan bendera Jalur Gemilang pada setiap kenderaan jabatan yang terlibat. Kenderaan tersebut kemudiannya berarak di sekitar Bandar Warisan Kuala Kubu Bharu sebagai simbolik mengajak rakyat daerah Hulu Selangor ini mengibarkan Jalur Gemilang di premis dan kediaman masing-masing bagi menyemarakkan lagi Bulan Kemerdekaan 2022.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Selasa 14 Mei 2024, 04:42:31.
Jumlah Pelawat :
00749156

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015