Majlis Perasmian Penutupan Bengkel Pelaksanaan Kriteria & Syarat-syarat Bagi Pelantikan Rakan Strategik Pelancongan Daerah Hulu Selangor MPHS 2022

Majlis Perbandaran Hulu Selangor telah mengadakan Bengkel Pelaksanaan Kriteria dan Syarat-Syarat bagi Pelantikan Rakan Strategik Pelancongan Daerah Hulu Selangor yang telah berlangsung pada 8-9 september 2022 yang turut melibatkan beberapa wakil Jabatan Kerajaan Persekutuan, Negeri, Daerah serta beberapa NGO, dan wakil peniaga antaranya Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia, Tourism Malaysia, Tourism Selangor, Ahli-Ahli Majlis MPHS, , Pejabat Daerah Tanah Hulu Selangor, Jabatan Pengairan Hulu Selangor, Pejabat Perhutanan Hulu Selangor, Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor, Jabatan Bomba dan Penyelamat Hulu SelangorPengarah Jabatan MPHS, wakil NGO & peniaga tempatan.

Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Hee Loy Sian (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau & Hal Ehwal Orang Asli Negeri Selangor), turut hadir bersama Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor Tuan Awaluddin bin Zakaria.
Pelaksanaan bengkel ini bagi mewujudkan keterlibatan sama masyarakat setempat dalam mempromosikan serta bersama-sama berkempen bagi menarik minat pelancong berkunjung ke Daerah Hulu Selangor.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Selasa 14 Mei 2024, 04:42:31.
Jumlah Pelawat :
00749163

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015