Majlis Perbandaran Hulu Selangor telah dinobatkan sebagai Johan bagi Kategori Inovasi Sosial (Penciptaan) pada Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Negeri Selangor. Hadiah telah disampaikan oleh YB Dato’ Teng Chang Kim di Majlis Penutup Ekspo Hybrid penyelidikan,Pembangunan dan Inovasi Selangor hari ini. Tuan Mohd Hasry Nor Mohd mewakili MPHS menerima hadiah. Kejayaan MPHS adalah melalui penyertaan Fury Inferno dari Jabatan Landskap melalui Inovasi Taman Awam Pintar Seroja, Bukit Sentosa. Tahniah kepada Kumpulan Fury Inferno di atas kejayaan yang membanggakan ini.