MB: Bandar Bukit Beruntung, Bukit Sentosa dibangunkan semula – Selangorkini

SUMBER: Selangorkini

HULU SELANGOR, 10 APRIL: Bandar Bukit Beruntung dan Bandar Bukit Sentosa di sini dibangunkan semula sebagai lokasi kondusif dan berdaya huni, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata usaha itu merangkumi penggalakan aktiviti perniagaan menerusi pembukaan pusat edaran Tesco, Perodua, Pusat Latihan Polis (Pulapol) dan pelbagai lagi.

“Kerajaan Negeri turut mengenal pasti kawasan seluas 1,000 ekar untuk pembinaan kediaman, pusat komersial dan industri.

“Perancangan jangka panjang ini menjadikan Bandar Bukit Beruntung dan Bandar Hulu Selangor setara dengan bandar lain,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menyerahkan kunci kepada pembeli fasa pertama Rumah SelangorKu berharga RM250,000 seunit di Taman Bunga Raya, hari ini.

Sebanyak 419 unit rumah dibina atas kawasan seluas 26.8 ekar dengan 109 unit fasa pertama siap.

Pada 3 Februari tahun lepas, Amirudin berkata faerah Hulu Selangor bakal dimajukan sebagai gerbang pembangunan utara negeri menjelang 2035.

Kerajaan Negeri akan memastikan pelan pembangunan di Hulu Selangor mengambil kira penggunaan tanah secara lestari serta mesra alam.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Selasa 14 Mei 2024, 04:42:31.
Jumlah Pelawat :
00749185

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015