MDHS terima YDP ke-9

Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) menyambut ketibaan Yang Dipertua MDHS yang ke-9 iaitu Yang Berbahagia Tuan Mohd Hasry bin Nor Mohd bertempat di Ibu Pejabat Majlis Daerah Hulu Selangor, Kuala Kubu Bharu pada 8 September 2021.
Ketibaan Tuan Yang Dipertua telah disambut dengan tabik hormat oleh anggota Penguatkuasa MDHS dan diteruskan dengan Majlis Upacara Angkat Sumpah Jawatan Yang Dipertua yang diadakan secara atas talian.
 
Upacara angkat sumpah telah disaksikan oleh Yang Dimuliakan Raja Dato’ Muzaffar bin Raja Redzwa, Orang Besar Daerah Hulu Selangor, Awaluddin bin Zakaria, Timbalan YDP MDHS, Ahli-ahli Majlis, Pengarah-pengarah dan Ketua Jabatan.
 
Mohd Hasry Nor Mohd mengucapkan syabas dan tahniah kepada Majlis Daerah Hulu Selangor kerana bakal dinaik taraf ke Majlis Perbandaran Hulu Selangor pada 21 Oktober 2021. Menurutnya, “saya akan memastikan usaha-usaha mantan Yang Dipertua sebelum ini akan diteruskan selari dengan corak pentadbiran semasa dalam memastikan pengiktirafan menjadi perbandaran dapat direalisasikan dengan jayanya”.
 
Katanya lagi, “pengiktirafan ini secara tidak langsung akan memberi impak positif kepada rakyat Hulu Selangor serta yang bersempadan dengan kemasukan pelabur-pelabur luar yang memainkan peranan penting dalam melonjakkan sektor pelancongan dan perkilangan setempat. Dengan kemudahan perbandaran yang baik, kita mengharapkan kesejahteraan dan taraf hidup rakyat akan lebih baik”.
 
“PBT yang baharu saja dinaik taraf menjadi majlis perbandaran semestinya memerlukan sistem penyampaian perkhidmatan yang cekap. Segala cabaran yang ada perlu ditangani dengan baik dengan meningkatkan kecekapan modal insan secara optimum menerusi transformasi budaya kerja”.
 
Tuan Yang Dipertua juga seterusnya diberikan taklimat mengenai operasi MDHS dalam sesi bersama pihak pengurusan Majlis.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Selasa 14 Mei 2024, 04:42:31.
Jumlah Pelawat :
00749193

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015