MDHS TERUSKAN PROGRAM ZIARAH RAMADHAN

MDHS TERUSKAN PROGRAM ZIARAH RAMADHAN

Sempena menyambut kedatangan Bulan Ramadan yang bakal menjelma, Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) mengadakan Program Ziarah Ramadan pada 10 April 2021 bagi menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada golongan yang kurang berkemampuan di kawasan Daerah Hulu Selangor.

Seramai 20 kakitangan dan 25 ahli majlis MDHS termasuk Yang Dipertua MDHS dan Orang Besar Daerah (OBD) Hulu selangor terlibat dalam menjayakan program kali ini yang kini masuk tahun ke 11 penganjurannya sejak 2010.

Dalam program ini, pihak MDHS telah menyampaikan sumbangan berupa barang keperluan dapur seperti beras, gula, minyak masak, susu tin, sardin , milo, bihun, telur, kicap dan kurma.

YDP MDHS, Dr. Mohd Azhar Mohamed Ali berkata seramai 422 orang penerima dalam program kali ini yang meliputi 23 zon di Daerah Hulu Selangor. Antara golongan yang terpilih menerima sumbangan kali ini terdiri daripada golongan fakir miskin, ibu tunggal, warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU).

Menurutnya, dalam mendepani cabaran pandemik COVID-19 yang melanda negara sekarang ini, terdapat ramai yang diluar sana terjejas pendapatan mereka malah ada juga yang hilang mata pencarian. Sumbangan yang diberikan ini sedikit sebanyak dapat memberikan kegembiraan kepada golongan ini untuk turut sama menyambut kedatangan bulan Ramadan selain dapat mengurangkan sedikit beban dalam menguruskan perbenlanjaan mereka.

Diharapkan program ini akan dapat membentuk satu kerjasama erat di antara masyarakat dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam melaksanakan ‘amar maaruf, nahi mungkar’, katanya lagi.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Selasa 14 Mei 2024, 04:42:31.
Jumlah Pelawat :
00749192

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015