Mesyuarat bersama pengadu berkaitan Pusat Terapi Semulajadi Hulu Tamu

MESYUARAT BERSAMA PENGADU BERKAITAN PUSAT TERAPI SEMULAJADI HULU TAMU

Mesyuarat bersama pengadu berkaitan Pusat Terapi Semulajadi Hulu Tamu telah diadakan pada 26 Mei 2023 bertempat di Bilik Mesyuarat Chilling. Mesyuarat dipengerusikan oleh LAr. Mohd Fadhil bin Mohd Lani, Pengarah Jabatan Landskap bersama-sama pengadu berkaitan aduan premis yang masih belum dibuka. Mesyuarat ini bertujuan menyampaikan maklumbalas dan penjelasan berkaitan aduan dan isu-isu yang telah dibangkitkan oleh pengunjung-pengunjung terhadap penutupan Pusat Terapi Semulajadi Hulu Tamu.

Turut dibincangkan juga berkaitan jalinan kerjasama rakan strategik dalam usaha membantu MPHS meneruskan pembukaan Pusat Terapi Semulajadi Hulu Tamu Batang Kali. Banyak pandangan dan maklumbalas yang positif diberikan sepanjang mesyuarat ini berlangsung.

Mesyuarat dihadiri bersama 10 pengadu serta wakil pengunjung Pusat Terapi Semulajadi Hulu Tamu dan Ahli Majlis Zon 11 (Batang Kali) ,Puan Kalai Wani a/p Muthusamy. Mesyuarat ditangguhkan pada 11.45pg.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Selasa 14 Mei 2024, 04:42:31.
Jumlah Pelawat :
00749144

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015