MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN TAMAN PERUSAHAAN (IPMC) MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR
Tarikh : 2 April 2021
Masa : 9.30 Pagi – 12.30 Tengah Hari
Tempat : Dewan Mesyuarat , MDHS
Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Dr. Mohd Azhar bin Mohamed Ali, Yang Dipertua MDHS bersama Pergerusi Bersama YBhg. Dato’ Kevin Lai Tack Kuan, Pengerusi FMM Hulu Selangor yang bertujuan untuk mengurus dan menyelesaikan perkara-perkara berkaitan sektor perindustrian di kawasan pentadbiran MDHS.
Ahli Mesyuarat juga telah diberikan taklimat dari beberapa wakil agensi seperti Invest Selangor Berhad, Telekom Malaysia Berhad, dan Jabatan Perangkaan Malaysia, Negeri Selangor.