MPHS Anjur Hari Bertemu Pelanggan

Hari Bertemu Pelanggan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) yang berlangsung di Ibu Pejabat, MPHS hari ini membuka peluang rakyat untuk mendapatkan khidmat nasihat, menyalurkan aduan, pandangan atau masalah secara bersemuka dengan kakitangan MPHS.
 
Program ini melibatkan 13 jabatan dalaman MPHS dan 1 agensi luar yang merangkumi 12 Kaunter Khidmat Pelanggan, 1 Kaunter Biro Pengaduan Awam dan 1 Kaunter Aduan. Sebagai aktiviti sampingan, beberapa gerai jualan turut dibuka bagi memeriahkan majlis.
 
Program yang dijalankan selama 3 jam ini bermula pukul 9 hingga 12 tengah hari telah mendapat sambutan yang menggalakkan apabila ramai pelanggan telah hadir secara bersemuka dengan pegawai yang bertugas di kaunter bagi menyatakan masalah dan aduan yang dihadapai manakala yang lain dapat diselesaikan di kaunter-kaunter yang disediakan di sini.
 
Selain itu, petugas kaunter juga turut membuat sesi perkongsian dengan pelanggan bagi penggunaan E-billing. Penerangan ini penting kerana untuk penggal akan datang, pihak majlis tidak lagi mengeluarkan bil fizikal namun pelanggan boleh mengimbas pada kod QR yang disediakan untuk mengemaskini bil secara maya. Pada masa sama, penerangan berkaitan kaedah penyaluran aduan turut dijelaskan kepada pelanggan yang hadir.
 
Hadir sama, Timbalan Yang Dipertua MPHS, Awaluddin Zakaria, Pengarah Biro Pengaduan Awam Negeri Selangor, Norsuhana Azman dan Ketua Bahagian Korporat MPHS, Junainah Abdullah selaku urusetia program.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Selasa 14 Mei 2024, 04:42:31.
Jumlah Pelawat :
00749156

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015