MPHS Catat Nama di dalam Malaysia Book of Records sebagai PBT Pertama Menganjurkan Sambutan WLAM

MPHS CATAT NAMA DI DALAM MALAYSIA BOOK OF RECORDS SEBAGAI PBT PERTAMA MENGANJURKAN SAMBUTAN WLAM

Majlis Perbandaran Hulu Selangor menempa nama di dalam Malaysia Book of Record (MBOR) di atas kejayaan menganjurkan sambutan World Landscape Architecture Month (WLAM) saban tahun tanpa gagal sejak mula dilaksanakan pada 3 April 2016. Pengiktirafan ini diperoleh menerusi kategori “Living World & Nature” sebagai Pihak Berkuasa Tempatan Pertama yang menganjurkan sambutan WLAM.

Sambutan ini disambut sebagai salah satu usaha MPHS dalam menyokong hasrat Mantan Perdana Menteri ketika itu (Tun Dr Mahathir bin Mohamad) dalam menguatkuasakan dasar Malaysia Negara Taman.

Dato’ Lar Ismail bin Ngah selaku individu pertama yang menjawat jawatan Ketua Pengarah Jabatan Landskap Negara ketika itu telah diberi mandat dalam memastikan dasar tersebut terlaksana dalam mengangkat profesion arkitek landskap di Malaysia. Melalui pentadbirannya, Malaysia menyambut Hari Landskap Negara pada 3 Mac setiap tahun.

Majlis Penyerahan Sijil Penghargaan Malaysia Book Of Record telah diadakan pada 15 April 2023 bertempat di Bukit Beruntung Golf & Country bersempena Majlis Perasmian Seminar Bulan Senibina Landskap Sedunia (WLAM) 2023.

Penyerahan Sijil Pengiktirafan telah disampaikan oleh Puan Siti Hajar Johor, Senior Record Consultant MBOR kepada Tuan Mohd Hasry Nor Mohd, Yang Dipertua MPHS dengan disaksikan oleh YB Tuan Ng Sze Han , Exco Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru pada 15 April 2023

Yang Dipertua MPHS, Mohd Hasry Nor Mohd berkata pengiktirafan ini merupakan satu pencapaian yang baik oleh pihak MPHS dan sebagai satu pemangkin semangat pihak kami melalui Jabatan Landskap MPHS dalam menganjurkan program ini pada masa akan datang dalam mengangkat dan memartabatkan landskap.

Beliau berakata WLAM adalah satu program antarabangsa yang dianjurkan American Society of Landscape Architect (ASLA) dianjurkan bersama International Federation of Landscape Architects (IFLA) yang diadakan di sepanjang bulan April setiap tahun.

Tahun ini merupakan sambutan kali yang ketujuh diadakan dan sambutan pada tahun ini adalah amat istimewa kerana Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor sendiri merasmikan majlis pelancaran sambutan ini yang diadakan pada 01 April 2023.

Di dalam majlis yang sama, MPHS turun melancarkan Majlis Perbandaran Hulu Selangor Landscape Blueprint 2035 (HSLaBP) yang pertama. Blueprint ini akan diguna pakai sebagai garis panduan landskap dalam Daerah Hulu Selangor yang lengkap bagi rujukan pelan pembangunan landskap dan penyelenggaraan. Blueprint ini juga meliputi perancangan pembangunan reka bentuk landskap dalam Daerah Hulu Selangor bagi membangunkan taman – taman awam selari dengan kepesatan pembangunan dan kepadatan penduduk dalam daerah ini.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Selasa 14 Mei 2024, 04:42:31.
Jumlah Pelawat :
00749156

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015