MPHS Serah Geran Khas Komuniti Mampan Kepada 21 Penerima

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) menyerahkan Geran Khas Komuniti Mampan kepada 21 penerima di dalam satu Majlis Minum Petang yang diadakan di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor pada 15 Jun 2022.

Majlis telah dirasmikan oleh Yang Dipertua MPHS, Mohd Hasry Nor Mohd dengan dihadiri oleh Mohamad Hanafe Basri, Pegawai Daerah Hulu Selangor, YM Raja Dato’ Muzaffar Raja Redzwa, Orang Besar Daerah Hulu Selangor, DSP Ridzuan Khalid, Timbalan Ketua Polis Daerah, Barisan Ahli Majlis MPHS serta serta Ketua Jabatan MPHS. Turut hadir bersama pegawai daripada PLANMalaysia@Selangor dan Unit Perancangan Negeri Selangor (UPEN).

MPHS komited dalam memastikan kesejahteraan penduduk di Hulu Selangor tercapai dan menyediakan persekitaran yang mampan untuk semua. Bagi memastikan program yang dirancang tidak hanya satu hala, pihak MPHS memperkenalkan Geran Khas Komuniti Mampan ini sebagai ‘entry point’ bagi program – program hijau dan mampan dari pihak komuniti.

Matlamat utama program ini dilaksanakan adalah untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat mengenai kepentingan penjagaan alam sekitar disamping menggalakkan penggunaan teknologi hijau dalam kehidupan seharian.

Dengan adanya geran ini serba sedikit dapat membantu komuniti dalam melaksanakan program atau projek melalui peruntukan yang disediakan bagi meningkatkan kualiti hidup dan persekitaran. Pada masa yang sama, ianya juga untuk menggalakkan komuniti untuk mengamalkan gaya hidup rendah karbon yang selari dengan agenda Smart Mampan Hulu Selangor, Bandar Selamat dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs).

Mohd Hasry berkata, MPHS buat pertama kalinya memperuntukkan sebanyak RM 100,000.00 bagi Geran Khas Komuniti Hijau di Hulu Selangor. Alhamdulilah, sambutan yang diterima amat menggalakkan dengan 29 penyertaan yang diterima dan dinilai di bawah kategori Teknologi Hijau dan Alam Sekitar.

Bagi kategori Teknologi Hijau, sejumlah 8 penyertaan yang diterima terdiri daripada 3 komuniti, 4 Institusi Pendidikan dan 1 Institusi Keagamaan. Manakala bagi kategori Alam Sekitar, sebanyak 22 penyertaan diterima iaitu 10 komuniti, 11 Institusi Pendidikan dan 1 Institusi Keagamaan. Dalam hal ini, hanya 21 penyertaan telah diluluskan berdasarkan kriteria persekitaran mampan. Tahniah kepada yang telah berjaya.

Menurutnya lagi, oleh kerana penyertaan yang di terima amat menggalakkan, pihak MPHS bersetuju untuk membuka penyertaan bagi Fasa 2 Program Geran Khas Komuniti Mampan Majlis Perbandaran Hulu Selangor 2022.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Selasa 14 Mei 2024, 04:42:31.
Jumlah Pelawat :
00749185

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015