MPHS Tubuh Task Force Operasi Pematuhan Perniagaan

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) menubuhkan Task Force Operasi Pematuhan Perniagaan bagi memantau dan mengambil tindakan penguatkuasaan premis-premis perniagaan yang melakukan kesalahan di Kawasan Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung.

Pasukan khas ini terdiri daripada 5 jabatan dalaman yang diberi tugasan untuk mengemaskini dan mengenalpasti status premis-premis di kawasan yang dietapkan. Antara jabatan yang terlibat adalah Jabatan Penguatkuasaan, Jabatan Perancang Bandar, Jabatan Bangunan, Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta dan Jabatan Pelesenan.

Yang Dipertua MPHS, Mohd Hasry Nor Mohd berkata, tumpuan utama pelaksanaan task force ini difokuskan kepada premis perniagaan dan perindustrian yang beroperasi tanpa lesen dan bangunan-bangunan kosong yang wujud di lokasi yang diperiksa.

Berdasarkan rekod sedia ada, terdapat 4807 premis yang disyaki tidak mempunyai lesen perniagaan di kawasan Bukit Sentosa (2259 premis) dan Bukit Beruntung (2548 premis). Bagi mendapatkan data dan maklumat yang lengkap, pasukan khas ini akan membuat pemeriksaan di setiap premis bagi melihat aktiviti yang dilakukan di premis.

Pada masa yang sama, tindakan penguatkuasaan juga akan yang diambil sekiranya pemilik premis didapati melakukan kesalahan seperti tiada lesen perniagaan/ tiada lesen iklan, menggajikan pekerja warga asing, permit meletak barang di kaki lima, membuat perubahan bangunan tanpa permit dan aktiviti penternakan burung walit tanpa kebenaran.

Fasa pertama akan bermula pada 22 Februari 2022 dimulai di kawasan Bukit Sentosa antaranya di Jalan Telipot, Jalan Seroja, Seri Pagi, Kamunting, Persiaran Bunga Raya dan Jalan Ros. Setelah selesai, kawasan tumpuan seterusnya akan di lakukan di kawasan di Bukit Beruntung.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Selasa 14 Mei 2024, 04:42:31.
Jumlah Pelawat :
00749158

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015