Operasi Penguatkuasaan Tapak Sampah Haram di Serendah dan Bukit Beruntung

Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah menjalankan operasi penguatkuasaan tapak sampah haram di Serendah dan Bukit Beruntung pada 10 April 2023.

Seramai 18 anggota telah terlibat di dalam operasi penguatkuasaan sampah haram yang melibatkan Jabatan Pengurusan Sisa Pepehal dan Pembersihan Awam MPHS, Jabatan Penguatkuasaan MPHS, Jabatan Bangunan, Jabatan Perancang Bandar serta beberapa agensi antaranya Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Selangor (PDTHS) dan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS).

Semasa siasatan dijalankan, terdapat longgokkan sampah haram di kawasan yang tidak dibenarkan oleh pihak Majlis. Semakan mendapati tanah tersebut merupakan tanah hak milik. Semasa operasi dijalankan tanah tersebut dipenuhi sisa bahan binaan serta sisa pukal. Kawasan tersebut ditutupi dengan hoarding serta berpalang dan berhampiran dengan aliran sungai.

Operasi dilanjutkan ke Jalan SKC Timah Bukit Beruntung, hasil siasatan dibuat lokasi pembuangan sampah haram merupakan tanah kerajaan. Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Selangor (PDTHS) telah mengambil tindakan seal kawasan tersebut bagi mengelakkan penambahan pembuangan sampah di kawasan tersbut.

Tindakan penguatkuasaan yang di ambil :

Di Jalan Ipoh – KL Serendah :

1) Jabatan Bangunan mengeluarkan 1 kompaun dan 2 notis di bawah Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974 (Akta 133)

2) Jabatan Perancang Bandar mengeluarkan 1notis di bawah Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172)

3) Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam mengeluarkan 2 notis di bawah Undang-undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap (MDHS) 2007

4) Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengeluarkan surat arahan pembersihan di bawah seksyen 122(1) dibawah Enakmen lembaga Urus Air Selangor

Di Jalan SKC Timah Bukit Beruntung :

1) Pejabat Daerah Tanah Hulu Selangor (PDTHS) seal kawasan longgokkan sampah.

Kepada mana-mana penduduk sekitar yang mempunyai maklumat tentang aktiviti pembuangan sampah secara haram boleh berhubung dengan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (JPSPPA) MPHS ditalian 03-60641050 atau emelkan ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. untuk tindakan selanjutnya.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Selasa 14 Mei 2024, 04:42:31.
Jumlah Pelawat :
00749174

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015