Operasi Perobohan terhadap halangan di kawasan harta bersama (binaan garaj tanpa kebenaran)

Operasi Perobohan terhadap halangan di kawasan harta bersama (binaan garaj tanpa kebenaran)

Kegagalan pemilik petak untuk mematuhi 3 notis yang telah dikeluarkan oleh JMB Seri Inai yang diwakili oleh Ejen pengurusan berdaftar GVR Property Management and Services sebelum ini telah membawa kepada operasi perobohan pada binaan tanpa kebenaran tersebut yang telah diadakan semalam di Pangsapuri Seri Inai, Bukit Sentosa.

Tindakan penguatkuasaan ini adalah berikutan daripada aduan bertulis oleh pemilik-pemilik petak di pangsapuri ini berkenaan masalah “cop parkir” dan binaan garaj tanpa kebenaran yang semakin berleluasa. Kesalahan ini adalah dibawah subperenggan 20(1) dan 25(4) Jadual Ketiga Undang-Undang Kecil, Peraturan-Peraturan Pengurusan Strata (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2015.

Operasi perobohan ini telah dilaksanakan oleh ejen pengurusan GVR Property Management and Services ini turut melibatkan 18 orang anggota Majlis Daerah Hulu Selangor yang terdiri daripada Jabatan Penguatkuasaan, Jabatan Bangunan, Bahagian Pesuruhjaya Bangunan (COB) dan dua orang anggota Balai Polis Bukit Sentosa.

Majlis Daerah Hulu Selangor menggalakkan semua JMB dan MC agar dapat menguatkuasakan Undang-Undang Kecil di kawasan pemajuan mereka agar dapat menyelesaikan masalah-masalah serta aduan yang timbul akibat pelanggaran Undang-Undang Kecil tersebut.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Selasa 14 Mei 2024, 04:42:31.
Jumlah Pelawat :
00749189

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015