Operasi Sita Sukan Ropeswing

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR) Hulu Selangor dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Hulu Selangor telah menjalankan operasi bersepadu ke atas syarikat yang menjalankan aktiviti sukan lasak Rope Swing bertempat di Kuala Kubu Bharu pada 24 Jun 2022.

Semasa tiba di lokasi, anggota operasi mendapati tiada sebarang aktiviti sukan rope swing dijalankan dan terdapat satu kabin serta beberapa peralatan sukan rope swing berada di atas jambatan Pertak yang menutupi sebahagian daripada laluan jalanraya.

Pengurus syarikat berkenaan turut hadir semasa operasi dijalankan dan telah dimaklumkan kesalahan yang dilakukan. Pihak syarikat akur dan akan menghentikan operasi sehingga mendapat memenuhi segala syarat yang ditetapkan.

Operasi dijalankan apabila pihak majlis mendapat aduan berkenaan aktiviti sukan tersebut yang masih beroperasi walaupun masih tidak mendapat kebenaran daripada mana-mana agensi yang berkaitan.

Yang Dipertua MPHS, Mohd Hasry Nor Mohd berkata, sehingga kini tiada sebarang kelulusan yang dikeluarkan oleh pihak JKR Hulu Selangor bagi penggunaan jambatan yang berkaitan untuk menjalankan aktiviti ropeswing.

Pihak MPHS juga tidak pernah mengeluarkan sebarang kebenaran atau kelulusan lesen untuk beraktiviti . Walau bagaimanapun, pihak Majlis menyarankan kepada pihak operator untuk mendapatkan kebenaran melakukan aktiviti daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan beberapa syarat lain yang perlu diikuti bagi membolehkan aktiviti sukan tersebut dijalankan, katanya lagi.

Susulan operasi tersebut, pihak majlis telah menyita 73 unit kon dan 34 unit halangan plastik serta kompaun di bawah Akta Kerajaan Tempatan seksyen 46(1)(a) akta 133 kerana meletakkan apa-apa barang yang boleh menyebabkan halangan di tempat awam.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Selasa 14 Mei 2024, 04:42:31.
Jumlah Pelawat :
00749163

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015