Pelancaran Aplikasi MPHS GO

Majlis Perbandaran Hulu Selangor hari ini telah melancarkan penggunaan Aplikasi MPHS GO. Majlis Pelancaran telah disempurnakan oleh Tuan Mohd Hasry bin Nor Mohd, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor. Turut hadir, Rakan Strategik, En Mohd Feroz bin Zainal daripada MPKK Kalong Tengah/ Hilir serta Ahli- ahli Majlis, Majlis Perbandaran Hulu Selangor.
Aplikasi ini merupakan aplikasi one stop centre yang boleh digunakan oleh semua penduduk Hulu Selangor. Pengguna boleh menggunakan e-perkhidmatan MPHS yang tersedia di dalam aplikasi ini seperti aduan secara atas talian, pembayaran cukai taksiran serta lain-lain perkhidmatan MPHS.
Pengguna juga boleh menggunakan e-perkhidmatan agensi kerajaan yang lain serta boleh membuat panggilan kepada agensi yang berkaitan kerana didalam aplikasi ini juga tersedia direktori secara offline serta lokasi pejabat agensi yang berkaitan. Aplikasi ini juga akan ditambah baik dari semasa ke semasa.
Pengguna Android boleh memuat turun aplikasi ini di Google Play Store. Bagi pengguna IOS, aplikasi ini akan dimasukkan di Apple Apps Store tidak lama lagi.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Selasa 14 Mei 2024, 04:42:31.
Jumlah Pelawat :
00749185

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015