Pencapaian Bandar Bahagia Malaysia 2021

Sambutan Hari Kebahagian Sedunia diraikan setiap tahun di seluruh dunia pada 20 Mac. Sambutan ini bertujuan mengiktiraf hubung kait di antara keseimbangan pembangunan fizikal, sosial dan alam sekitar ke arah kebahagian dan kesejahteraan penduduk sejagat.
 
Pencapaian Bandar Bahagia Malaysia diukur melalui Soal Selidik Indeks Kebahagian Penduduk di dalam Jaringan Penunjuk Pembangunan Mampan Bandar-Luar Bandar Malaysia (Malaysian Urban-Rural National Indicators Network for Sustainable Development) MURNINets 2.0. Bagi Tahun 2021, MDHS antara PBT yang tersenarai di dalam pencapaian 29 Bandar Di Malaysia yang mendapat Skor melebihi 90 % iaitu dengan pencapaian sebanyak 99.77 % berbanding pada tahun 2020 iaitu 83.26 %.
 
Antara faktor pencapaian tertinggi yang diperoleh MDHS adalah harapan penduduk di dalam naiktaraf status PBT kepada perbandaran di mana sistem pencapaian dan naik taraf kemudahan infrastruktur dapat dipertingkatkan di kawasan bandar dan petempatan.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Selasa 14 Mei 2024, 04:42:31.
Jumlah Pelawat :
00749189

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015