Peniaga Gagal Patuhi Writ Dikenakan Tindakan Mahkamah

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) menjalankan operasi pemeriksaan akhir bagi tindakan pelaksanaan writ pemilikan terhadap penyewa yang ingkar mematuhi perintah mahkamah di Jalan Pahang, Kuala Kubu Bharu pada hari ini.

Di dalam operasi berkenaan, seramai 17 anggota operasi telah turut serta yang terdiri daripada seorang (1) Bailif Mahkamah, Kuala Kubu Bharu selaku ketua operasi, seorang (1) Peguamcara dan 15 kakitangan dalaman MPHS.

Operasi yang bermula jam 10.30 pagi ini dijalankan berikutan penyewa gagal mematuhi arahan dalam “Notis Pengosongan” yang telah dikeluarkan oleh Mahkamah bertarikh 30 Jun 2022. Penyewa telah diperintahkan dengan secara aman memindahkan semua barang-barang mereka dan meninggalkan tempat tersebut dalam tempoh dua (2) minggu sebelum atau pada 13 Julai 2022.

Hasil operasi tersebut, penyewa dan pekerja telah diarahkan oleh bailif Mahkamah untuk memberhentikan aktiviti perniagaan dan meninggalkan premis. Pintu premis juga telah ditukar kunci yang baharu dan dilak untuk menghalang penyewa memasuki premis atau mengambil barang-barang yang telah dibuat inventori.
Tindakan lanjut akan dibuat melalui proses Mahkamah jika didapati penyewa masih ingkar untuk mematuhi perintah yang telah dikeluarkan oleh Mahkamah.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Selasa 14 Mei 2024, 04:42:31.
Jumlah Pelawat :
00749192

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015