Penilaian Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT) 2022

Pada 4 Ogos 2022 (Khamis), Majlis Perbandaran Hulu Selangor telah menerima kunjungan lima orang Panel Penilai Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT) dari Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi melaksanakan penilaian serta penarafan bintang ke atas Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Pasukan Penilai terdiri daripada Puan Raihani binti Che Mamat, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Perunding Kejuruteraan Kesihatan Umum, Jabatan Kerajaan Tempatan, merangkap Ketua Pasukan. Dibantu oleh Encik Mohd Shafiq bin Othman, Puan Fauziah binti Abd. Jalil, Encik Mohamad Azwan bin Yusop, Puan Fadzilah binti Hashim telah membuat penilaian bagi 257 kriteria meliputi 4 aspek utama iaitu Pengurusan, Perkhidmatan Teras, Pengurusan Pelanggan serta Penglibatan Komuniti dan Pandangan Penduduk.

Perasmian Pembukaan pada 9:00 pagi oleh Yang Dipertua, Tuan Mohd Hasry bin Nor Mohd, dan mesyuarat penutupan pada 7.45 pm oleh Timbalan Yang Dipertua, Tuan Awaluddin bin Zakaria, turut dihadiri para pengarah jabatan/ ketua bahagian, Penyelaras SPB-PBT dan kakitangan Majlis Perbandaran Hulu Selangor.
Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada panel penilai KPKT, para pegawai dan kakitangan MPHS atas kerjasama serta komitmen sepanjang proses penilaian dijalankan.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Selasa 14 Mei 2024, 04:42:31.
Jumlah Pelawat :
00749189

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015