Perhimpunan Pagi -sesi Bicara Suk Bersama Yb Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

PERHIMPUNAN PAGI -SESI BICARA SUK BERSAMA YB SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR.

Tarikh: 1 Mac 2021 (Isnin)
Masa: 8.45 Pagi
Tempat: Dewan Mesyuarat Utama, MDHS
Disampaikan oleh : YB Dato’ Nor Azmi Bin Diron, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

Antara 3 amanat  penting yang disampaikan khusus kepada penjawat awam adalah :

 1. M : MERIT

  • Penjawat awam perlu bersyukur kerana masih mempunyai pekerjaan dalam keadaan negara menghadapi wabak COVID – 19.
  • Bersyukurdengan cara membuktikan bahawa kita selayaknya (merit) memegang jawatan yang di sandang.
  • Berdaya upaya menggalas tugas seperti mana yang diberikan amanah dan tanggungjawab.

 2. P : PRAGMATIK

  • Bekerja berdasarkan rangka undang-undang dan peraturan.
  • Lakukan tindakan segera terhadap keputusan-keputusan yang telah diambil dan tidak menangguh kerja sehingga mengambil masa berbulan-bulan untuk disiapkan. 
  • Gunakan kreativiti dalam menyelesaikan masalah, jika tidak selesai bawa ke Mesyuarat MTES.
  • Konsep penjawat awam seperti 5 jari – bekerjasama, mesti memainkan peranan,  jika tidak akan berlaku kecacatan tidak kira ketua jabatan, pegawai atau kumpulan sokongan.

3. H : HONESTY@ KEJUJURAN

  • Tingkatkan kreadibiliti penjawat awam untuk mendapatkan kepercayaan orang awam terhadap kerajaan. 
  • Tanpa KEJUJURAN perkhidmatan awam tidak dapat diangkat ke satu tahap yang tinggi.
  • Semua penjawat awam wajib pertahankan kejujuran kerana ia sangat penting. Ianya bukan sekadar dengan kata-kata tetapi mesti dihayati dan dilaksanakan kepada semua.

#MeritPragmatisHonesty
#UcapanDatoSUK
#lindungdirilindungsemua

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Selasa 14 Mei 2024, 04:42:31.
Jumlah Pelawat :
00749125

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015