Program Bazar Ramadan Mampan Tahun 2023

Majlis Perbandaran Hulu Selangor mengadakan Program Bazar Ramadan Mampan Tahun 2023 pada 5 April 2023 (Rabu) bertempat di Bazar Ramadan Jalan Orkid, Bukit Sentosa.
Majlis yang telah dirasmikan oleh Yang Dipertua MPHS, YBrs. Tuan Mohd Hasry bin Nor Mohd. Turut hadir, Encik Aminuddin bin Amenon (Ketua Pegawai Pembangunan Agro Bank), Encik Abdul Rahman bin Ahmad (Pengarah Wilayah Agro Bank) serta Puan Norfadilah binti Harun (Pengurus Cawangan Agro Bank)
Turut hadir bersama Pengarah Jabatan Pelesenan, En Kamarulzaman, Ahli- Ahli Majlis MPHS serta Ketua-Ketua Jabatan MPHS.
YDP turut mengedarkan apron serta topi kepada semua peniaga bazar Ramadan.
Seperti tahun – tahun sebelum ini konsep Bazar Ramadan Mampan ini masih menerapkan pembudayaan amalan kebersihan dan kesihatan kepada para peniaga selain membuka peluang kepada masyarakat untuk menjana pendapatan sepanjang bulan Ramadan selari dengan Matlamat SDG 8, iaitu pekerjaan yang sesuai dan pembangunan ekonomi.
Selain itu, Kupon Rahmah Bazar Ramadan sebanyak RM 5 juga telah diberikan kepada 400 pengunjung yang terawal.
Pihak Agro Bank juga turut mengagihkan bubur lambuk kepada pengunjung bazar.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Selasa 14 Mei 2024, 04:42:31.
Jumlah Pelawat :
00749139

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015