PROGRAM BINGKISAN MESRA SELANGOR BERSAMA YAYASAN FOODBANK MALAYSIA

PROGRAM BINGKISAN MESRA SELANGOR BERSAMA YAYASAN FOODBANK MALAYSIA

Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) telah mengadakan Program Bingkisan Mesra Selangor Penyerahan Bantuan food Basket kepada Pemandu Teksi dan Pemandu Bas Sekolah yang diadakan di Kawasan Tapak Letak Kenderaan Stadium Mini, Kuala Kubu Bharu pada 26 April 2021.

Program ini merupakan salah satu usaha kerajaan Negeri Selangor dalam membantu golongan yang terjejas akibat Pandemik Covid-19. Seramai 60 orang penerima telah hadir terdiri daripada pemilik kereta sewa/teksi & bas sekolah di Hulu Selangor bagi mengambil sumbangan secara pandu lalu.

Yang Dipertua MDHS, Tuan Dr. Mohd Azhar Mohamed Ali berkata, konsep bantuan yang diagihkan adalah berupa food basket yang terdiri daripada bekalan keperluan asas bernilai RM100 setiap satu dan komposisinya ditentukan berdasarkan dapatan daripada bancian yang telah dibuat mengikut jenis barangan dalam senarai yang ditetapkan.

Bagi pelaksanaan bantuan segera melalui program Bingkisan Mesra Selangor Fasa 1, kumpulan sasar yang terdiri daripada pemandu teksi dan pemandu bas sekolah yang dikenalpasti melalui pangkalan data yang didaftarkan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) di bawah kementeriaan Pengangkutan Malaysia.

Majlis penyerahan telah disampaikan sendiri oleh Yang Berhormat Puan Rodziah Binti Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan. Turut hadir bersama Dr. Mohd Azhar bin Mohamed Ali, Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Selangor, Raja Dato’ Muzaffar bin Raja Redzwa, Orang Besar Daerah Hulu Selangor, Puan Normaliza Bt Md Rayis, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian nKhidmat Pengurusan Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor serta Ketua-ketua WHIP.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Selasa 14 Mei 2024, 04:42:31.
Jumlah Pelawat :
00749183

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015