PROGRAM FOOD BANK ‘JOM KONGSI REZEKI’ DI BAWAH INISIATIF KERJASAMA STRATEGIK MDHS – SWASTA BERSAMA DENGAN MR. D.I.Y. TRADING SDN. BHD.

PROGRAM FOOD BANK ‘JOM KONGSI REZEKI’ DI BAWAH INISIATIF KERJASAMA STRATEGIK MDHS – SWASTA BERSAMA DENGAN MR. D.I.Y. TRADING SDN. BHD.

Berikutan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang diumumkan sebelum ini Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) telah melaksanakan Program Food Bank ‘Jom Kongsi Rezeki’ Di Bawah Inisiatif Kerjasama Strategik MDHS – Swasta bersama MR.D.I.Y Trading Sdn. Bhd. 

Penyerahan barang sumbangan telah disampaikan oleh Encik Nur Saiful Azly Mohamad Zin, Penolong Pengurus Bahagian Sumber Manusia, MR. DIY Trading Sdn Bhd kepada wakil MDHS, Encik Mohd Norazif Ahmad Tamsis, Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan bertempat di Pejabat Cawangan MDHS di Bukit Sentosa pada 31 Julai 2021.

Program ini merupakan jalinan kerjasama di dalam inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dari pihak swasta dalam membantu meringankan beban keluarga yang terjejas.

Melalui pelaksanaan inisiatif ini, pihak MR. DIY Trading Sdn. Bhd. bersetuju memberi sumbangan kepada  171 keluarga di sekitar Daerah Hulu Selangor yang meliputi semua kaum berbentuk keperluan makanan dan kesihatan seperti beras, minyak masak, telur, gula, biskut, sardin, kicap, bihun, cili kering, ikan bilis, face mask dan sabun pencuci tangan. 

Selain itu,  Syarikat Minyak Masak Kijang Gold turut menyumbang minyak masak seberat 2kg kepada setiap satu keluarga di dalam program ini. 

Inisiatif diambil oleh MDHS dalam membantu penduduk yang terjejas dan mengalami kesempitan akibat Pandemik Covid-19 selain mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals) 2030 melalui pendekatan ‘Tiada Sesiapa Pun Tercicir (No One Left Behind). 

Fokus program ini bagi mencapai Matlamat SDGs 1 iaitu Tiada Kemiskinan (No Poverty), SDGs 2 Kelaparan Sifar (Zero Hunger) dan SDGs 3 iaitu Kesihatan Baik dan Kesejahteraan (Good Health and Well Being).

Sebanyak 63 sumbangan telah diedarkan pada hari ini di tiga kawasan iaitu Bukit Beruntung, Bukit Sentosa dan Rasa manakala selebihnya akan diedarkan secara berperingkat. 

MDHS berharap syarikat korporat lain turut bersama menyumbang dan menjalin hubungan korporat selaras dengan SDGs 17 iaitu Kerjasama Demi Matlamat (Partnerships For The Goals) yang berterus ke arah Pembangunan Lestari.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Selasa 14 Mei 2024, 04:42:31.
Jumlah Pelawat :
00749156

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015