Program Kempen Pemasangan Lampu LED di Kawasan Pemajuan Berstrata dalam kawasan MPHS

PROGRAM KEMPEN PEMASANGAN LAMPU LED DI KAWASAN PEMAJUAN BERSTRATA DALAM KAWASAN PENTADBIRAN MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR
DI BAWAH INISIATIF BANGUNAN HIJAU NEGERI SELANGOR

31 MEI 2023( RABU )
8.00 PAGI
DEWAN MERDEKA,
KUALA KUBU BHARU

Program telah berlangsung pada 31 Mei 2023 bertempat di Dewan Merdeka Kuala Kubu Bharu.
Program yang dianjurkan oleh Bahagian Pesuruhjaya Bangunan (COB) Majlis Perbandaran Hulu Selangor ini telah dihadiri oleh seramai 50 orang anggota-anggota jawatankuasa dan wakil-wakil daripada Badan Pengurusan Bersama (JMB) / Perbadanan Pengurusan (MC) dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Penganjuran program ini adalah bertujuan untuk menyediakan platform bagi kempen pemasangan lampu LED dalam kawasan pemajuan berstrata dengan langkah mempertemukan pihak anggota-anggota jawatankuasa JMB/MC dengan pihak syarikat pelaksana yang telah dilantik oleh Kerajaan Negeri Selangor di bawah Inisiatif Bangunan Hijau Negeri Selangor iaitu Synergy Esco (M) Sdn Bhd.

Cik Raygelah Siva, Pengurus Pembangunan Perniagaan daripada Synergy Esco (M) Sdn Bhd telah menyampaikan taklimat berserta demonstrasi penggunaan tenaga lampu LEF dan sesi soal jawab bersama para peserta yang hadir.

Bahagian Pesuruhjaya Bangunan (COB) Majlis Perbandaran Hulu Selangor berharapa agar penganjuran program ini akan dapat memberikan kefahaman berkaitan program ini kepada pihak JMB/MC seterusnya akan dapat merealisasikan sasaran Kerajaan Negeri Selangor dalam pelaksanaan Inisiatif Bangunan Hijau Negeri Selangor.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Selasa 14 Mei 2024, 04:42:31.
Jumlah Pelawat :
00749144

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015