Program Minum Pagi Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor Bersama Ketua-ketua Jabatan Daerah Hulu Selangor

Sesi ramah mesra Program Minum Pagi diantara Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) iaitu Tuan Mohd Hasry bin Nor Mohd bersama Ketua-ketua Jabatan Daerah Hulu Selangor telah diadakan bertempat di Frasey Valley pada 10 Disember 2021.
 
Lebih 26 Ketua Jabatan di Daerah Hulu Selangor telah hadir bagi menjayakan program ini dengan turut dihadiri barisan pengarah dan ketua jabatan MPHS. Pertemuan ini merupakan yang pertama bagi Tuan Yang Dipertua bersama-sama Ketua Jabatan Daerah sejak mula berkhidmat di MPHS dan perhimpunan kali pertama secara fizikal bagi Jabatan-jabatan Daerah Hulu Selangor sejak kenaikan taraf Majlis Daerah Hulu Selangor kepada Majlis Perbandaran Hulu Selangor pada tanggal 21 Oktober 2021.
 
Program santai pagi ini diadakan menjadi medium suai kenal antara barisan Pengurusan Tertinggi MPHS bersama Ketua-ketua Jabatan Daerah Hulu Selangor. Secara tidak langsung, program ini juga dapat dijadikan sebagai platform untuk membincangkan isu-isu semasa yang berlaku di daerah ini.
Tuan Mohd Hasry berkata, “Di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), kami tidak lagi hanya berfungsi sebagai penyedia perkhidmatan sahaja, tetapi berfungsi sebagai katalis kepada pembangunan setempat yang akhirnya akan menentukan kemajuan keseluruhan kawasan. Ini merupakan tanggungjawab yang besar untuk dilaksanakan. Untuk mencapai matlamat tersebut peningkatan perkhidmatan, inovasi dalam perkhidmatan, penglibatan yang menyeluruh dan kecekapan pengurusan adalah elemen yang sangat penting agar matlamat merakyatkan PBT tercapai.
 
“Justeru, sebagai sebahagian daripada sistem pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan-Jabatan Daerah turut memainkan peranan yang cukup signifikan di dalam membentuk kecekapan dan ketelusan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. Golongan netizen hari ini jelas amat mudah untuk menilai usaha-usaha penjawat awam. Kita tidak boleh lagi berada dalam takuk lama dengan cara tradisional dalam menyelesaikan isu dengan kaedah yang tidak relevan lagi” katanya lagi.
 
Di dalam majlis tersebut, Tuan Yang Dipertua turut menyampaikan hadiah cenderamata kepada semua tetamu yang hadir sebagai tanda kenangan dan terima kasih di atas sumbangan semua agensi sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam sama-sama membantu kejayaan penaiktarafan Majlis Daerah Hulu Selangor kepada Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Selasa 14 Mei 2024, 04:42:31.
Jumlah Pelawat :
00749185

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015