Program Sambutan Bulan Senibina Landskap Sedunia WLAM 2021

Bersempena menyambut Bulan Senibina Landskap Sedunia (WLAM) 2021, Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) tidak ketinggalan meraikannya yang diadakan sepanjang bulan April dan Mei bermula 23 April 2021 hingga 28 Mei 2021.

 

Pelbagai aktiviti yang telah diatur sepanjang sambutan WLAM ini dijalankan di dalam Daerah Hulu Selangor antaranya Program Tanam Pokok yang telah berlangsung pada 23 hingga 25 April 2021 yang lalu. Program ini merupakan satu aktiviti pengindahan kawasan landskap bandar Kuala Kubu Bharu. Program tersebut telah berjalan dengan lancar dan melibatkan seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan MDHS dan juga pihak kontraktor.

Pada 24 April 2021 lalu, dengan bertemakan ‘Ke arah Pemerkasaan Foodscaping Dalam Pembudayaan Landskap Dan Persekitaran’, telah berlangsung program Sumbangan Foodscaping Kepada Komuniti oleh Jabatan Landskap MDHS. Sumbangan berupa biji benih & sayur-sayuran ini adalah berdasarkan objektif iaitu untuk mempromosikan konsep ‘foodscaping’ kepada orang awam dan komuniti sekitar Hulu Selangor.

Pengagihan sumbangan ini telah melibatkan sebanyak 7 kawasan di sekitar Hulu Selangor. Program ini mendapat sokongan penuh daripada Ahli Majlis di setiap zon masing-masing. Seramai 15 orang kakitangan Jabatan Landskap MDHS telah terlibat bagi memastikan program tersebut berjalan dengan lancar.

Kemuncak program sambutan Bulan Senibina Landskap Sedunia WLAM 2021 ini adalah Seminar Dalam Talian (WEBINAR) yang bakal mengenengahkan panel-panel professional dalam industri landskap Malaysia dan Majlis Perasmian Bulan Senibina Landskap Sedunia WLAM 2021 yang bakal berlangsung pada 30 April 2021 (Jumaat) nanti. Perasmian bakal disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Landskap Negara (JLN), Puan Hajah Rotina binti Mohd Daik.

Yang Dipertua MDHS, Dr. Mohd Azhar bin Mohamed Ali berkata, penganjuran program seumpama ini bermatlamat untuk mempromosikan daerah Hulu Selangor di peringkat antarabangsa. Selain itu juga pihak Majlis berharap dengan penganjuran program seumpama ini dapat dijadikan sebagai platform kepada hubungan jalinan antara masyarakat dan MDHS dalam menyampaikan misi dan visi yang telah dirancang.

Antara program-program yang bakal berlangsung lagi adalah majlis pelancaran Pusat Baja Kompos Bukit Beruntung dan ‘Clinic Design’ yang akan melibatkan penuntut-penuntut universiti awam tempatan.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Selasa 14 Mei 2024, 04:42:31.
Jumlah Pelawat :
00749174

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015