Program Webinar Pendidikan Komuniti Strata Majlis Perbandaran Hulu Selangor 2021 Siri 1

Bahagian Pesuruhjaya Bangunan Majlis Daerah Hulu Selangor (COB MPHS) telah berjaya mengadakan satu program Webinar Pendidikan Komuniti Strata Majlis Perbandaran Hulu Selangor 2021 secara dalam talian bagi jawatankuasa Pengurusan Strata Daerah Hulu Selangor pada 27 Oktober 2021.

Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Yang Dipertua MPHS yang juga merangkap Pesuruhjaya Bangunan, Tuan Mohd Hasry Bin Nor Mohd A.M.S. Sesi perkongsian ilmu ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan yang berpengalaman iaitu Tuan Inspektor Mohammad ‘Izzat bin Hj Hassan. Webinar ini menfokuskan berkenaan Penguatkuasaan Undang-Undang Kecil yang terkandung di dalam Peraturan-Peraturan Strata ( Pengurusan dan Penyenggaraan 2015) dan memberi kefahaman lanjut berkaitan peranan dan tanggungjawab JMB/MC/Ejen Pengurusan dalam menyelesaikan permasalahan yang berkait rapat dengan ketidakpatuhan Undang-Undang Kecil yang telah digariskan.

Program ini telah dihadiri seramai 60 orang peserta yang terdiri daripada jawatankuasa pengurusan dan kakitangan JMB/MC dan Ejen Pengurusan. Diharapkan dengan pelaksanaan program webinar ini dapat memberi manfaat kepada JMB/MC dan Ejen Pengurusan agar dapat meningkatkan kualiti pengurusan dan penyenggaraan di kawasan kediaman berstrata masing-masing dan seterusnya dapat memastikan kehidupan di komuniti strata yang selesa dan harmoni.
 

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Selasa 14 Mei 2024, 04:42:31.
Jumlah Pelawat :
00749139

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015